"Kami Ada Berhubung.. Lagu Baru Sufian Tiada Kena Mengena Dengan Saya" - Elfira Loy

"Kami Ada Berhubung.. Lagu Baru Sufian Tiada Kena Mengena Dengan Saya" - Elfira Loy

Loading...
"Kami Ada Berhubung.. Lagu Baru Sufian Tiada Kena Mengena Dengan Saya" - Elfira Loy:

el%2Bean.jpg

Kini telah seminggu berlalu kisah ikatan pertunangan antara Elfira Loy dan penyanyi, Sufian Suhaimi, terlerai.

Ketika hubungan diputuskan, Elfira Loy berada di luar negara atas urusan kerja.

Kini setelah pulang ke Malaysia, melalui wartawan BH, Elfira Loy tampil bercerita tentang kisah putus tunang itu.

Pelakon ini mengaku dirinya tenang dan reda dengan takdir bahawa hubungan dengan Sufian Suhaimi telah putus.

Elfira yang baru berumur23 tahun itu berkata, keputusn itu dibuat atas persetujuan keluarga masing masing.

Ini komen Elfira Loy:

"Saya lebih tenang dan reda di sebalik apa yang terjadi. Semua yang berlaku antara kami juga menjadi memori terbaik. Ia tetap rezeki dan kebahagiaan yang pernah saya kecapi, biarpun seketika. Saya tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.

"Saya tahu, pertunangan menjadi fasa untuk lebih mengenali. Keputusan yang diambil pula adalah atas persefahaman dan persetujuan keluarga kami. Ia bukan dilakukan antara saya dan Sufian semata-mata,"

Di soail tentang dakwaan kononnya ada pihak termasuk pihak keluarga yang tidak senang dengan hubungan nya dengan Sufian Suhaimi, Elfira tidak mahu memperbesarkan hal itu.

"Kita kena ambil kira apa saja pendapat, termasuk daripada keluarga. Ia juga bukan soal restu atau tidak, sebaliknya saya akur inilah ketentuan-Nya. Buat masa sekarang, inilah yang terbaik,"

Ketika ini, Elfira berkata dia ada menghubungi Sufian dan hubungan mereka masih lagi baik.

Ini komennya lagi:

"Kami ada berhubung dan saya sendiri hendak tahu apa yang terjadi. Saya dan dia masih berkawan, begitu juga dengan keluarga kami.

"Pada masa sama, kita tidak dapat menahan orang lain daripada bercakap. Namun, pihak yang tahu perkara sebenar tetap keluarga kami.

"Tak ada faedah pun nak buat spekulasi kerana ia perihal keluarga. Kalau membabitkan orang luar, mungkin sewaktu nak bertunang dulu saya patut tanya mereka yang lain,"

Sempat ditanya mengenai single terbaru Sufian, Di Matamu, yang dikatakan ada kaitannya dengan insiden terbabit, Elfira tidak melihatnya sebagai isu besar.

Ini yang diucapkan oleh Elfira:

"Setahu saya, lagu itu tiada kena mengena pun (dengan apa yang baru saja berlaku). Cuma, mungkin perasaan yang ada dalam lagu itu bagai kena dengan apa yang terjadi sekarang.

"Setahu saya, lagu itu sudah dibuat berbulan-bulan dulu,"

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu dan melalui rancangan awal, sepatutnya akan berkahwin pada bulan depan.

Namun, ikatan pertunangan mereka berdua terlerai Ahad lalu apabila keluarga Elfira sepakat untuk memulangkan cincin kepada keluarga Sufian di Muar, Johor.

Sumber: BH

Catat Ulasan

0 Ulasan