Loading...
Kalau Dah Jumpa MH370,Ini Bakal Berlaku
SYDNEY : Sekiranya pesawat Malaysia Airlines 370 (MH370) berjaya ditemukan, Malaysia akan berdepan dengan misi baharu untuk mengeluarkan pesawat berkenaan yang dijangka berada dalam kondisi yang ekstrem.
SYDNEY : Sekiranya pesawat Malaysia Airlines 370 (MH370) berjaya ditemukan, Malaysia akan berdepan dengan misi baharu untuk mengeluarkan pesawat berkenaan yang dijangka berada dalam kondisi yang ekstrem.
Misi yang menggunakan teknologi canggih itu juga bakal menambah kos operasi carian MH370 melebihi jumlah ganjaran AS$70 (RM273 juta) yang diberikan Malaysia kepada Ocean Infinity sekiranya bangkai pesawat dijumpai.
Pakar mengatakan robot dasar laut berteknologi tinggi mampu menemukan serpihan yang berada di kawasan curam yang berbahaya walaupun dengan kedalaman mencecah enam kilometer jauh dari kawasan carian sebelum ini di Australia Barat.
“Para pencari sedang melakukan usaha yang termampu dan meneruskan operasi di persekitaran yang ekstrem,” kata jurucakap penyelamat Afrika Selatan Nick Salone, yang pernah mengetuai operasi mencari kapal pesiaran Itali, Costa Concordia yang tenggelam.
Jika serpihan itu berada pada kedalaman 2000 hingga 6000 meter atau dikenali sebagai Zon Abyssal, penyelamat perlu bekerja dalam keadaan gelap dengan cuaca sejuk melampau dan tekanan tinggi sehingga mencecah 4082 kilogram persegi.
Namun menurut laporan dari pihak berkuasa Australia telah memastikan keadaan lautan itu selamat untuk penyelamat dan pelancong sejak kehilangan pesawat MH370.
Tidak semua serpihan diperlukan untuk merungkai penyebab kehilangan pesawat itu kerana kotak hitam masih menjadi petunjuk paling penting tragedi berkenaan.
Bulan lalu, kerajaan Malaysia mengupah syarikat eksplorasi dasar laut, Ocean Infinity untuk mengetuai misi baharu pencarian bagi pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu.
Perjanjian untuk misi pencarian yang dibuat atas dasar ‘tidak jumpa, tiada bayaran’ atau ‘no cure no fee basis’ itu mengembalikan semula harapan untuk pesawat itu dijumpai.
Kapal pencari Seabed Constructor menggunakan dron bawah air berteknologi tinggi menampung pencarian di kawasan baru berkeluasan kira-kira 25,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.
0 Ulasan
jerit kat sini