‘Daddy Will Protect You, No One Will Hurt You’ – Ucapan Nedim Buat Peminat Sebak

‘Daddy Will Protect You, No One Will Hurt You’ – Ucapan Nedim Buat Peminat Sebak

Loading...
‘Daddy Will Protect You, No One Will Hurt You’ – Ucapan Nedim Buat Peminat Sebak

Bapa merupakan seorang raja di hati anak-anak dan bapa jugalah merupakan lelaki pertama yang bertakhta di hati mereka.

Baru-baru ini MH ada terbaca satu perkongsian suami kepada pelakon cantik yang baru sahaja melahirkan cahaya mata, Nora Danish iaitu Nedim Nazri menerusi akaun Instagramnya.

Sebak pula hati MH selepas membaca ucapannya di ruang kapsyen perkongsiannya buat anak mereka yang baru sahaja dilahirkan, Mohamed Neqayl Nedim atau nama manjanya ‘Baby Ney Ney’.

Menerusi ruang kapsyen Nedim berkata, dia berjanji akan sentiasa ada untuk melindungi anaknya. Nedim juga berkata tiada siapa yang boleh sakitkan dan membuat anaknya sedih selagi hayatnya masih ada.

 My promise to you this time you will have me 24/7 whenever you need daddy, daddy will protect you with all my might , nothing & no one will hurt you and nothing will make you sad as long as Allah gives Daddy the strength and panjang umur.You my son is a blessing to daddy and mommy , we promise to love you till our last breath.

“Lots of love , Daddy-Mommy-Abg Qal-Abg Dre ❤,” tulis Nedim.
Nampaknya rata-rata pengikut Nedim juga turut sebak membaca ucapan Nedim buat anaknya itu. Ada juga yang berkata, Nora sangat bertuang kerana Nedim merupakan seorang bapa yang penyayang.

ernicd: Aminnn..doa seorg ddy yg penyayang.. bertuah @noradanish
syarifah.hafsah: What a touching note. So much love in it

mar_mimybeauty_pjselangor: Alhamdulillah..daddy yg baik..moga bahagia sampai jannah dgn kak nora n anak2.. Amin

iammadihaamani: Sebak…semoga allah merahmati dn melindungi..keluarga mu @boss_ned amin..

MH doakan semoga Baby Ney Ney sentiasa diberikan kesihatan yang baik, membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat ibu dan bapanya.

Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru ini dapat mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara mereka sekeluarga.

Sumber: Instagram Nedim Nazri

Catat Ulasan

0 Ulasan