Loading...
Awet Muda Cara Aznil Hj Nawawi
PENGACARA no. 1 negara, Datuk Aznil Hj Nawawi mengakui tidak menyangka sudah hampir tiga dekad mewarnai dunia seni tanah air.
Tetap laris dengan pelbagai tawaran, Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Paknil, 56, dilihat sentiasa tampil dengan imej muda dan bertenaga.
Ditanya tentang soal itu, Aznil yang ditemui ketika majlis Sidang Media Ceria Megastar ini terus ketawa kecil.
“Sejak dari kecil lagi saya seorang yang energetik, aktif dan tampil ceria sentiasa sehinggalah sekarang.
“Alhamdulillah, saya tiada sakit apa-apa membuatkan kehidupan juga berjalan lancar,” jelasnya.
Dari segi penjagaan wajah, kata Aznil, dia sangat mengutamakan kebersihan diri.
“Saya tiada petua tertentu, sebaliknya hanya mengamalkan rutin mencuci muka setiap pagi dan malam.
“Amalan ini bukan dilakukan selepas berada dalam dunia glamor, tetapi telah diamalkan semenjak saya berusia 12 tahun ini.
“Bagi saya penjagaan wajah itu sangat penting tidak kiralah perempuan atau lelaki,” jelasnya.
Menurut Aznil lagi, atas kesedaran itu jugalah dia tampil dengan satu produk penjagaan wajah bagi membantu mereka yang mementingkan aspek itu.
“Ketika mula memperkenalkan produk tersebut, saya sebenarnya nak ajar kaum lelaki bahawa tak ada salahnya kita mengambil berat tentang penjagaan wajah.
“Namun apa yang berlaku, kebanyakan pembeli terdiri daripada golongan wanita dan itu bermakna saya gagal yakinkan kaum lelaki dengan benda-benda macam ini.
“Mungkin mereka anggap saya jaga wajah sebab kerjaya saya, namun sebenarnya penjagaan wajah ini adah perlu untuk semua orang,” katanya.

0 Ulasan
jerit kat sini