Roh bersembang dalam Muzium Negara

Roh bersembang dalam Muzium Negara

Loading...
MUZIUM Negara yang kini menyimpan lebih setengah juta artifak bersejarah dan dikunjungi hampir 80 juta pelawat sebenarnya dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 lalu.

 MUNGKIN anda pernah menonton filem lucu Nights at the Museum yang memaparkan pelbagai adegan suspen apabila artifak dipamerkan di dalam Muzium Semula Jadi Kebangsaan di New York 'hidup' meriah pada waktu malam. 

 Biarpun kisah dipaparkan adalah khayalan, namun moral cerita pada akhir filem itu menunjukkan betapa tahap kesedaran dan sambutan masyarakat kepada muzium mereka amat luar biasa. "Di Barat, muzium wajib dikunjungi. 

Ramai sanggup menunggu muzium dibuka untuk masuk awal pagi. Tetapi di negara ini, muzium pula yang terpaksa menunggu bila orang hendak masuk," kata Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Ibrahim Ismail. 

 Berasal dari Kulim, Kedah, beliau mendedahkan persepsi masyarakat negara maju yang kagum dengan isu berunsur sejarah. Sambil menganggap institusi permuziuman sebagai sebahagian daripada hidup mereka sendiri, tidak hairanlah muzium di Barat amat terkenal sehingga menjadi aset tarikan utama pelancong datang ke negara mereka. 

 Bayangkan British Museum di London; Louvre di Paris dan Smithsonian di Washington DC antara muzium terbaik dunia dengan pelbagai koleksi nadir menjadi kebanggaan negara mereka. "Inilah harapan saya bukan saja kepada Muzium Negara malah semua muzium di seluruh Malaysia hingga saya menjenamakan dengan mencipta tagline 

. Bercakap mengenai muzium kemegahan nasional itu, Ibrahim berkongsi beberapa pengalaman menarik beliau sendiri berkhidmat dalam bidang permuziuman sebagai kurator awal 1970-an lalu. Pernah bertugas sekitar 1990-an sebagai Pengarah Muzium Perak di Taiping, muzium tertua di Malaysia; beliau menceritakan bagaimana 'meriah' suasana Muzium Negara pada waktu larut malam.

 "Usah bimbang, mereka pun bukan mahu ganggu manusia namun 'hantu' ini sebenarnya roh artifak purba yang mungkin ber sembang dengan rakan artifak lain sambil kongsi pengalaman," selorohnya. Secara berjenaka, Ibrahim menambah, belum pernah ada orang mati di dalam muzium kerana terjumpa 'insan' ghaib itu tetapi sebagai orang Islam, kita wajib mempercayai kewujudan mereka sebagai makhluk Tuhan. 

 Ini tidak dapat dielakkan kerana lebih setengah juta artifak koleksi dipamerkan di muzium itu datang dari seluruh negara serta berusia jutaan tahun yang tentu memiliki roh unik tersendiri. "Ada juga sekali-sekala berjalan seorang diri tengah malam, terdengar bunyi berlanggar dinding tetapi bila toleh belakang, tiada apa pula dan saya pun sudah lali perkara sebegini," kata Ibrahim. 

 Pun begitu sebagai peminat barang bersejarah, beliau mengagumi produk kraf tangan masyarakat Melayu dulu yang disifatkan terlalu halus buatan, penuh simbolik dan ada falsafah tersirat.



Catat Ulasan

0 Ulasan