Elvis,Sikucing Yang Berjaya Merakam Foto Hantu

Elvis,Sikucing Yang Berjaya Merakam Foto Hantu

Loading...
Ingat orang Melayu kuat tahyul dan percaya hantu, rupanya orang Barat pun dua kali lima, lima kali dua. Roh dan Jin atau syaitan adalah makhluk ghaib. Allah SWT hijapkan manusia daripada melihat makhluk berkenaan tetapi tidak tahu pula kucing dapat lihat dan kamera pula boleh potretkan gambar hantu.

  Bagaimanapun kita diberi Allah SWT setitik daripada seluas lautan keilmuan. Namun begitu ia bukan perkara yang disuruh Allah SWT untuk kita selidik lebih tentang makhluk tersebut tetapi sesuai untuk pengetahuan kita kerana ia sering menganggu manusia. 

 Konon haiwan seperti kucing dan anjing boleh "menangkap" kehadiran makhluk halus, hal itu juga dipercayai oleh sebahagian orang Barat. Bedanya, mereka memanfaatkan "kelebihan" kucing itu untuk memotret apa yang disebut sebagai makhluk halus.




Seperti yang dilakukan oleh Willie bos Jura Cochrane tempat hiburan, hotel dan kilang wisky di pulau Hebridien, Inggeris.

 Dia sengaja memasang kamera jarak jauh pada kucing bernama Elvis untuk merakam jejak hantu yang konon sering mengganggu dalam persekitaran kilang penyulingan wisky dan sekelilingnya.


Sebagaimana dikeluarkan the sun (30/10/2010), Elvis si kucing berkamera itu berjaya memotret sebuah objek yang diyakini sebagai hantu bergaduh sejak 200 tahun terakhir ini.

 Diceritakan, kucing itu kelihatan sedang mengejar objek yang mungkin dikira tikus berlari untuk diburu. Dari beberapa foto yang dihasilkan selepas dianalisa ada beberapa hasil jepretan kucing yang menggambarkan keadaan hantu dipilih.

 Foto yang diterbitkan itu menunjukkan sebuah "hantu" yang berbentuk seperti kucing sedang memanjat dinding.

Hantu itu terbentuk oleh asap putih kedudukan berlari mengejar objek di pinggir jendela. Tidak ada siapa siapa di lokasi itu.

 Willie si bos mengatakan, "Kami tahu bahawa Elvis (kucing) mempunyai beberapa kelebihan khusus. Tetapi melihat roh orang yang telah mati adalah suatu hal baru bagi kami," katanya.

 Kebanyakan foto-foto yang dimuat turun tiada "bunyi" atau unviewable tapi gambar yang pertama itu sangat mengejutkan. Memang sudah banyak didengar berkaitan kisah kisah hantu tua di Jura itu, tapi foto jepretan Elvis si kucing itu memperkaya koleksi dalam katalog mistisnya.

Elvis kucing yang berusia 4 tahun itu sengaja dilengkapi dengan kamera tersembunyi untuk menangkap pemandangan "aneh" di pulau Hebridien, Inggeris saat acara festival muzik musim panas.

 Atas prestasi si kucing itu, bilik tempat lokasi pemotretan hantu itu justru boleh disewakan kepada para penggemar wisky dengan kadar 2,500 euro atau sekitar RM10,842.24 per malam.

 Kakitangan di tempat hiburan itu mengatakan, banyak tetamu yang tinggal di bilik bangunan itu takjub dan ketagihan kerana sering terbangun tengah malam oleh suara misteri.

 Bahkan mereka menyaksikan perabot bergerak sendiri dan pintu juga buka tutup sendiri lengkap dengan kehadiran hawa dingin semerbak. Siapa mau menginap di bilik ini?


Catat Ulasan

0 Ulasan