Loading...
Gerakan tubuh orang yang sedang berbohong menurut para ahli mengiyaratkan ketidakselesaan berbanding orang yang menceritakan sebenarnya. Ada beberapa indikasi yang boleh memberi petunjuk apakah seseorang berbohong atau tidak. Ucapan Kajian menunjukkan orang yang berbohong menukar cara mereka bercakap dan pilihan kata-kata mereka. Para pembohong biasanya menggunakan kata-kata yang sukar difahami. Mereka jarang menggunakan kata ganti orang pertama dan lebih banyak menggunakan kata ganti orang ketiga.
Sebuah kajian pada 2003 oleh para penyelidik di Universiti Texas menyimpulkan selain mengurangkan kalimat orang pertama (Saya, Aku), mereka juga menggunakan kata-kata yang memberi kesan negatif. Para pembohong juga biasanya lebih lama merespon soalan dari pihak lawan bicara agar memberikan rehat untuk memikirkan jawapan yang masuk akal bagi kebohongannya. Intonasi Seorang yang sering berbohong biasanya akan meninggikan suara ketika sedang menceritakan kebohongan. Boleh juga mengesan apakah seseorang berbohong melalui bahasa tubuh walaupun tidak semuanya benar. Biasanya, orang yang berbohong akan melindungi tubuhnya kerana tidak mahu orang lain mengetahui hal yang ada dalam fikirannya.
1. Posisi tubuh boleh menjadi bukti yang menunjukkan bahawa seseorang sedang berbohong, kerana disedari ataupun tidak disedari ada hubungan yang kuat antara fikiran dan ekspresi.
2. Nafas yang tiba-tiba. Dalam setiap kebohongan, detak jantung akan meningkat dan nafas akan menjadi cetek / cepat. Biasanya pembohong akan mengambil nafas dalam-dalam untuk menenangkan perasaannya. Cara ini juga yang dilaksanakan oleh mesin pengesan penipuan, iaitu dengan mengukur detak jantung orang yang sedang disoal siasat / diwawancara.
3. Kegelisahan di bahagian-bahagian tubuh. Hal ini dapat dilihat dengan pelbagai cara, bergantung kepada orangnya. Gerakan yang gugup akan menarik perhatian kita terutama dapat kita rasakan ketika kita berbicara dengan seseorang yang kita kenal dan orang tersebut melakukan gerakan yang tidak seperti biasanya. Ini adalah contoh kegelisahan di bahagian-bahagian badan: * Gerakan tubuh yang maju-mundur, sama ada dalam posisi duduk mahupun berdiri.
* Posisi yang tiba-tiba berubah. Sebagai contoh, lawan bicara kita sedang menyilangkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain, dan ketika mula menjawab soalan kita, dia merubah posisi kakinya. Orang yang berbohong, sekalipun dia seorang profesional, akan merasakan ketidakselesaan ketika dia berbohong. Tubuh akan selalu menyesuaikan perasaan kita tanpa kita sedari, jadi kedudukan yang tiba-tiba berubah ini adalah isyarat yang baik yang menunjukkan bahawa seseorang sedang berbohong.
* Gerakan-gerakan yang tidak disedari dari tangan dan kaki. Sebagai contoh: menggoyangkan kaki, menggoyangkan tangan di atas meja, kedua-dua tangan direkatkan kuat-kuat, kedua-dua paha saling menekan bersama-sama. Jika lawan bicara kita sedang dalam posisi duduk dan kemudian ia merubah arah telapak kaki ke arah yang lain, itu juga merupakan tanda bahawa orang tersebut sedang berbohong.
* Senyuman yang palsu. Senyuman identik dengan keakraban dan kepercayaan, dan para pembohong seringkali menyalahgunakannya. Jadi bagaimana membezakan senyuman pembohong? Para pembohong biasanya akan tersenyum cukup sering dan tiba-tiba, yang sebetulnya tidak pada tempatnya dia harus tersenyum.
* Terlalu banyak aksi-aksi , seperti: menepuk punggung anda, menyentuh anda ataupun mendekatkan kedudukannya pada anda. Lawan bicara anda akan merasa kekok ketika berbohong sehingga mereka akan menyembunyikan kekikukannya dengan melakukan tindakan-tindakan tersebut. Akan sangat sulit memutuskan bahawa seseorang sedang berbohong jika dia melakukan tindakan-tindakan yang bersahabat seperti itu. Ini adalah respon manusia yang semulajadi. Tetapi tetap perlu diingat, bahawa jika anda merasa bahawa keakraban dari pihak lawan bicara anda sudah berlebihan, berhati-hatilah.
jadi jangan suka berbohong....doseeee....
0 Ulasan
jerit kat sini