Loading...
Ratusan seluar dalam yang sebahagian besar merupakan seluar dalam untuk wanita, tersebar di pinggir sebuah jalan di Ohio. Polisipun dibuat kebingungan dengan kes aneh yang tengah mereka tangani ini.
Sebuah jalan di Berne Township menjadi buah bibir masyarakat setempat setelah ditemukannya ratusan seluar dalam yang tersebar di pinggir jalanan tersebut.
Ratusan seluar dalam yang kebanyakan adalah seluar dalam untuk wanita itu dapat ditemui terbaring di rumput mahupun tersangkut di atas pokok.
Menurut jurucakap polis, sebahagian seluar dalam tersebut masih terlipat seperti baru dikeluarkan dari bungkusnya, namun sebahagian lagi nampaknya telah digunakan. Jumlah yang ditemui berkisar antara 1500 dan 3000 pasang dalam warna dan pola yang berbeza. Diperlukan 10 beg sampah besar untuk mengangkut semuanya.
Setakat ini, siapapun pelakunya masih berjaya membuat pasukan penyiasatan polis kebingungan.
sumber:http://www.idbite.com/
0 Ulasan
jerit kat sini