Bella Di Dera,Dipaksa Makan Cili Tanpa Air.
Kisah penemuan seorang kanak-kanak perempuan ᴅᴏᴡɴ’ Sʏɴᴅʀᴏᴍᴇ yang dijumpai dalam keadaan meIecur di beberapa bahagian anggota badan nyata menimbulkan ketidakpuasan hati ramai.
Semalam, tular pula dialog pengasas rumah kebajikan yang telah disita itu mendkwa Adik Bella seorang yang ᴅᴇɢɪʟ dan suka ganggu orang lain.
Bohong semua tu…sukarelawan yang sempat jaga 4 bulan kata adik Bella sangat rajin
Menerusi Facebook saudara Mohd Fadli Salleh, bekas pengasuh di sana tampil menyangkal dkwaan tersebut. Hal ini kerana sepanjang 4 bulan pertama Bella di sana, para sukarelawan menyifatkannya sebagai seorang yang sangat rajin mengemas malah sejenis yang suka minum air.
Gara-gara itu, dia sangat terkilan apabila mendapat tahu yang kanak-kanak malang tersebut dipaksa makan cili tanpa diberi air.
Adik Bella sangat manja & penyayang…suka makeup & patuh waktu solat
Menurutnya lagi, sifat penyayang adik Bella juga terserlah kerana pernah membelai seorang bayi ᴅᴏᴡɴ’ꜱ ꜱʏɴᴅʀᴏᴍᴇe dengan sangat elok. Tak cukup dengan itu, dia juga suka berdandan serta antara yang paling awal pakai telekung setiap kali dengar laungan azan. Maka tidak hairanlah dkwaan itu dinafikan oleh mereka yang pernah luangkan masa bersamanya.
Jahat sungguh mereka yang cuba sorok realiti sebenar dengan memutar belitkan fakta ni
Memandangkan kesannya sungguh tragis, justeru Mohd Fadli Salleh berharap pihak berkuasa cepat memberkas dalang di sebalik kejadian ini. Meskipun ada yang cuba memutar belit fakta atau campur tangan terhadap siasatan, dia percaya keadilan akan tetap memihak adik Bella.
0 Ulasan
jerit kat sini