Loading...
Kisah Hidup Ibarat Dongeng Cinderella, Imelda Marcos Dari Hidup Miskin Hingga Pernah Dinobat Miss Manila:
Mungkin generasi muda sekrang tidak mengenali Imelda Marcos yang merupakan isteri kepada bekas Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos.
Pernah satu ketika di mana beliau ditolak oleh rakyat di sana. Walaupun sesetengah pemimpin berakhir dengan gembira tetapi beliau pernah digelar ‘rama-rama besi’.
Mesti ramai yang terpinga-pinga kenapa beliau digelarkan sedemikian. Ini kerana beliau pernah menyalahgunakan kuasa suatu ketika dahulu. Walaupun demikian, ada satu kisah menarik tentangnya.
Nama sebenarnya ialah Imelda Trinidad Romualdez Marcos yang dilahirkan pada 2 Julai 1929, ibunya seorang anak yatim manakala bapanya seorang peguam. Sejak kecil lagi beliau meminati muzik dan panggung wayang sejak kecil.
Selepas mendapat pendidikan, beliau memutuskan untuk menolong keluarganya dengan menyanyi dan mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik. Secara tidak langsung, beliau memenangi gelaran ratu cantik di kampung halamannya.
Hasil daripada itu, kerjayanya sebagai ratu telah berkembang sehinggakan beliau di nobatkan sebagai Miss Manila dan dipilih menjadi model utama negara tersebut. Wajahnya sentiasa dimainkan pada hadapan majalah dan membuatkan ramai jejaka-jejaka di negara tersebut jatuh hati padanya.
Kejelitaannya sudah terpaut oleh jejaka tampan di maan seorang ahli kongres muda yang bernama Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos.
Tertawan dengan kecantikkannya membuatkan jejaka ini melamarnya hanya selepas 11 hari mereka bertemu. Kehidupan miskinnya sudah berakhir setelah dilamar oleh anak orang kaya Filipina.
Majlis perkahwinan mereka diadakan dengan meriah dan penuh kegembiraan secara besar-besaran. Selepas mendirikan rumahtangga, Imelda sudah tidak menyanyi malah bergiat aktif dalam bidang politik.
Usaha dan semangat pasangan ini dalam bidak politik telah membuahkan hasil di mana Ferdinand Marcos diangkat menjadi Presiden Filipina.
Sejak dari itu, beliau memainkan peranan penting bagi Filipina di mana Imelda pergi ke seluruh dunia dalam misi diplomatik dan memegang beberapa jawatan kerajaan.
Dengan kecantikan dan daya tarikan yang menarik dalam bakat diplomatik telah menjadikan negara itu salah satu negara paling terkemuka pada ketika itu.
Imelda juga membantu membina banyak kemudahan yang menarik dan penting termasuklah pusat jantung, institut nefrologi, pusat kongres, Istana Kelapa dan banyak lagi.
Pada tahun 1972, Ferdinand Marcos menyingkirkan Perlembagaan negara dan menubuhkan sistem diktator. Bersama isterinya, Ferdinand mendapat akses kepada belanjawan kerajaan.
Imelda tidak dapat mengawal dirinya dan kemudiannya berubah menjadi seorang yang tersangat boros dalam berbelanja. Ia kelihatan seperti dia membeli semua yang diimpikannya ketika masih kecil.
Akhir tahun 1986, kerajaan Ferdinand telah digulingkan dan dibuang dari negara serta didakwa kerana kedua suami isteri ini telah menyalahgunakan kuasa. Untuk pengetahuan anda, setelah Ferdinand meninggal, baru mereka sekeluarga dibenarkan pulang ke Filipina semula.
Secara tidak langsung, Imelda telah membuka muzium kasut hasil daripada pembeliannya ketika pemerintah dahulu. Kehidupannya adaalh bukti sebenar tentang apa yang boleh terjadi kepada kisah dongeng apabila ia berhadapan dengan realiti yang menyakitkan.
Supaya kisah ini menjadi teladan kepada semua yang membacanya.
Sumber: Iluminasi
Mungkin generasi muda sekrang tidak mengenali Imelda Marcos yang merupakan isteri kepada bekas Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos.
Pernah satu ketika di mana beliau ditolak oleh rakyat di sana. Walaupun sesetengah pemimpin berakhir dengan gembira tetapi beliau pernah digelar ‘rama-rama besi’.
Mesti ramai yang terpinga-pinga kenapa beliau digelarkan sedemikian. Ini kerana beliau pernah menyalahgunakan kuasa suatu ketika dahulu. Walaupun demikian, ada satu kisah menarik tentangnya.
Pernah menjadi Ratu Cantik Manila
Selepas mendapat pendidikan, beliau memutuskan untuk menolong keluarganya dengan menyanyi dan mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik. Secara tidak langsung, beliau memenangi gelaran ratu cantik di kampung halamannya.
Hasil daripada itu, kerjayanya sebagai ratu telah berkembang sehinggakan beliau di nobatkan sebagai Miss Manila dan dipilih menjadi model utama negara tersebut. Wajahnya sentiasa dimainkan pada hadapan majalah dan membuatkan ramai jejaka-jejaka di negara tersebut jatuh hati padanya.
Kejelitaannya sudah terpaut oleh jejaka tampan di maan seorang ahli kongres muda yang bernama Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos.
Tertawan dengan kecantikkannya membuatkan jejaka ini melamarnya hanya selepas 11 hari mereka bertemu. Kehidupan miskinnya sudah berakhir setelah dilamar oleh anak orang kaya Filipina.
Majlis perkahwinan mereka diadakan dengan meriah dan penuh kegembiraan secara besar-besaran. Selepas mendirikan rumahtangga, Imelda sudah tidak menyanyi malah bergiat aktif dalam bidang politik.
Sejak dari itu, beliau memainkan peranan penting bagi Filipina di mana Imelda pergi ke seluruh dunia dalam misi diplomatik dan memegang beberapa jawatan kerajaan.
Dengan kecantikan dan daya tarikan yang menarik dalam bakat diplomatik telah menjadikan negara itu salah satu negara paling terkemuka pada ketika itu.
Imelda juga membantu membina banyak kemudahan yang menarik dan penting termasuklah pusat jantung, institut nefrologi, pusat kongres, Istana Kelapa dan banyak lagi.
Imelda tidak dapat mengawal dirinya dan kemudiannya berubah menjadi seorang yang tersangat boros dalam berbelanja. Ia kelihatan seperti dia membeli semua yang diimpikannya ketika masih kecil.
Imelda cuba untuk melupakan zaman kanak-kanaknya yang miskin malah mengharamkan sebuah buku yang ditulis oleh seorang wartawan Filipina.
Wartawan tersebut mahu menceritakan kisah Imelda ketika muda sebagai seorang yang miskin seperti mana rakyat Filipina yang lain pada ketika itu.Akhir tahun 1986, kerajaan Ferdinand telah digulingkan dan dibuang dari negara serta didakwa kerana kedua suami isteri ini telah menyalahgunakan kuasa. Untuk pengetahuan anda, setelah Ferdinand meninggal, baru mereka sekeluarga dibenarkan pulang ke Filipina semula.
Secara tidak langsung, Imelda telah membuka muzium kasut hasil daripada pembeliannya ketika pemerintah dahulu. Kehidupannya adaalh bukti sebenar tentang apa yang boleh terjadi kepada kisah dongeng apabila ia berhadapan dengan realiti yang menyakitkan.
Supaya kisah ini menjadi teladan kepada semua yang membacanya.
Sumber: Iluminasi
0 Ulasan
jerit kat sini