Loading...
Lelaki tua (muslim) dibelasah kerana jual daging lembu sebelum dipaksa makan daging babi
Video kejadian itu juga viral di media sosial Isnin lalu menunjukkan sekumpulan lelaki itu menyerang mangsa yang berusia 68 tahun.
Dalam video itu, Ali dikepung kira-kira 25 hingga 30 orang lelaki dan salah seorang daripada mereka bertanya mengapa dia menjual daging serta apakah dia mempunyai lesen untuk berbuat demikian.
Attention @sarbanandsonwal This old man was beaten up in Bishwanath Charialifor selling beef. Beef is not banned in Assam and the northeast. Many communities apart from Muslims consume beef. But interestingly self appointed gaurakshaks find only poor Muslim traders to harass.
5,190 people are talking about this
Tampil pula lelaki lain bertanya adakah dia warganegara Bangladesh sebelum mereka memaksa mangsa makan daging babi di depan mereka.
"Kunyah daging tu dan telan ke dalam tekak kau!" arah kumpulan ekstremis terbabit.
Ali kelihatan binggung dengan apa yang berlaku kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang menakutkan seperti itu sepanjang 35 tahun menjalankan perniagaan restoran yang dibuka oleh bapanya.
Attention @narendramodi @abhisar_sharma @bainjal @ravishndtv And where in earth is a person selling beef even without a license forced to eat pork!! What has my state come to, Ashamed, appalled and disgusted.
764 people are talking about this
Menurut Ali, tiga hari sebelum kejadian itu dia didatangi kira-kira 15 lelaki di restorannya dan bertanya di mana tempat dia menyimpan daging lembu.
"Saya biasanya simpan di bilik, di luar pandangan orang. Mereka cari dan menemui daging itu serta merakam video.
"Selepas kejadian itu, saya berasa sangat takut dan terus pergi ke pejabat pengurus pasar yang kemudian menasihatkan saya untuk tidak menjual daging lembu.
"Sejak dari itu saya berhenti menjual daging lembu," katanya.
Bagaimanapun, kumpulan yang sama kembali lagi ke restorannya pada pagi Ahad lalu dan bertanya apakah dia masih menjual daging lembu.
"Tetapi mereka tidak menemuinya (daging). Kira-kira jam tiga petang, salah seorang pengurus bernama Maina datang memaklumkan yang saya tidak dapat berniaga di pasar itu lagi.
"Saya kecewa dan pulang ke rumah. Ketika mahu pulang, Maina menahan saya dan bertanya ke mana saya mahu pergi. Saya beritahu saya hendak pergi solat.
"Kemudian dia bawa saya ke sebuah kedai berhampiran dan meminta saya untuk tidak ke mana-mana kerana bimbang saya akan dicederakan jika berjalan bersendirian. Kemudian dia beredar.
"Selepas menunggu kira-kira satu jam 30 minit, kumpulan yang sama tiba-tiba muncul dan mengheret saya ke sekolah dan mula memukul saya," katanya yang juga percaya Maina terlibat dalam kejadian itu.
Polis menerima panggilan orang awam kira-kira jam 4:00 petang yang memaklum seorang lelaki tua dipukul sekumpulan lelaki.
"Lima anggota bersama saya segera pergi ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, kelihatan seorang lelaki tua sedang melutut dipukul dan ditampar oleh sekumpulan lelaki itu yang kira-kira 100 orang.
"Saya masuk dan cuba menyelamatkan mangsa daripada terus diserang. Namun mereka juga cuba menyerang saya.
"Mangsa berjaya dibawa masuk ke dalam kereta polis. Tetapi sekumpulan lelaki itu terus mendesak kami meninggalkan lelaki itu kepada mereka sehingga memaksa saya meminta bantuan dari balai lain yang kemudian turut melibatkan anggota tentera yang datang untuk mengawal keadaan,": kata Pegawai Polis, Subhan Chandra Das dari Balai Polis Biswanath.
Salah seorang pengurus pasar berkenaan, Kamal Thapa, yang cuba menyelamatkan mangsa juga diserang.
"Seorang suspek berjaya ditangkap dan beberapa lagi suspek telah dikenal pasti, tetapi mereka berjaya melarikan diri," katanya.
Timbalan Komisioner Polis Biswanath Chariali, Pabitra Ram Khaund berkata, perniagaan daging lembu telah dijual di restoran itu sejak sekian lama dan tiada individu yang pernah tampil mengadu mengenainya.
Penjualan daging lembu tidak diharamkan di daerah itu.
Sumber: First Post
0 Ulasan
jerit kat sini