Loading...
Anak Saudara Nick Jonas Tak Suka Priyanka Chopra
Valentina (kanan) dan kakaknya Alena kini sudah boleh menerima Priyanka Chopra dalam keluarga mereka.
Hubungan romantis di antara Nick Jonas dan Priyanka Chopra yang dipamerkan pada khalayak sejak dari awal mereka menjalinkan hubungan percintaan sehinggalah membina rumah tangga, sering dicemburui banyak pihak.
Selepas rasmi berkahwin, pasangan suami isteri ini kerap berkongsi kebahagian mereka di akaun media sosial termasuk Instagram.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya ada seseorang yang ‘menentang’ hubungan Nick dan aktres jelita kelahiran India itu.
Individu yang dimaksudkan ialah anak saudara Nick iaitu si comel Valentina Angelina Jonas yang cemburu melihat kemesraan Priyanka dan pakcik kesayangannya itu. Valentina merupakan anak bongsu kepada Kevin Jonas.
Perkara itu didedahkan sendiri Kevin ketika menjadi tetamu program The Late Late Show with James Corden baru-baru ini.
“Pada mulanya, ia sangat sukar bagi anak bongsu saya, Valentina. Dia sangat rapat dengan Nick.
“Ketika bertemu dengan Priyanka, wanita itu selalu memengang tangan Nick. Setiap kali tangan Priyanka menyentuh Nick yang mendukungnya, Valentina selalu menepis tangan Priyanka,” katanya.
Kevin bagaimanapun berkata, sikap cemburu puterinya yang berusia dua tahun itu lama-kelamaan semakin pudar. Valentina kini sudah boleh menerima Priyanka sebagai makcik barunya.
Tidak hanya Valentina, anak sulung Kevin iaitu Alena Rose Jonas yang kini berusia lima tahun juga menyambut baik kehadiran Priyanka dalam keluarga mereka.
0 Ulasan
jerit kat sini