Bahagia Cara Kanak-kanak

Bahagia Cara Kanak-kanak

Loading...
Bahagia Cara Kanak-kanak

Sebuah foto yang merakamkan lima kanak-kanak membuat aksi swafoto terus menjadi bualan ramai

RAMAI antara kita yang suka untuk berswafoto atau lebih popular dipanggil sebagai selfie.

Biasanya, perbuatan ini dilakukan bagi membolehkan si perakam foto juga dapat dirakamkan bersama rakan-rakan yang lain tanpa perlu meninggalkan kamera atau telefon pintar mereka.

Namun, perbuatan ini telah banyak menginspirasikan mereka yang kurang bernasib baik.

Sebuah foto yang merakamkan lima kanak-kanak membuat aksi swafoto terus menjadi bualan ramai.

Kita tahu, kanak-kanak mempunyai imaginasi tersendiri ke atas sesuatu perkara yang diinginkan mereka.

Biarpun tidaklah berswafoto menggunakan kamera, tetapi mereka tetap memberikan senyuman paling manis agar dapat dirakamkan.

Kalau dilihat pada foto berkenaan, hanya seorang sahaja yang berselipar dan selipar itulah yang dipinjamkan untuk mereka berswafoto.

Foto ini terus menjadi tular di kebanyakan platform media sosial.

Ada yang menganggap ia sebagai perlambangan bahawa bahagia hadir dan bergantung kepada individu itu sendiri.

Kalau kita mampu mewujudkan kebahagiaan, maka kita akan terus bergembira.





I’m sharing this image that came in on text cause d unbridled innocence n joy of these lovely kids moved me n made me smile in equal measure

Super image that asks questions

If anyone can reliably locate these munchkins n d photog I’d love to personally send them something each


Catat Ulasan

0 Ulasan