Loading...
Hubungan William,Harry,Kate Dan Meghan Makin Keruh
JIKA baru-baru ini gempar mengenai hubungan antara Meghan Markle dan Kate Middleton yang dikatakan semakin renggang, kini timbul pula berita mengenai suami mereka.
Menurut The Sun, hubungan di antara dua pewaris diraja Britain itu semakin keruh, ditambah pula dengan sikap Putera Harry yang terlalu melindungi isterinya.
Malah, Harry dan Meghan juga dikhabarkan bakal keluar dari Istana Windsor kerana tidak mahu berjiran dengan Putera William dan Kate.
Antara isu hangat yang melanda mereka termasuklah tuduhan Harry ke atas William yang mendakwa abangnya cuba mengeruhkan hubungannya bersama Meghan.
"Harry memang marah, dakwa Harry, William cuba memusnahkan hubungan cintanya dengan Meghan sejak awal lagi," ujar satu sumber.
Pihak istana juga dikatakan sedar mengenai masalah antara dua beradik itu.
Malah, Harry juga dikatakan marah apabila isterinya berasa tidak selesa sewaktu berada bersama dengan Kate.
Tambahnya lagi, dia mahu melindungi Meghan bagi menebus dirinya yang tidak berupaya melindungi ibunya, Puteri Diana suatu ketika dahulu.
"Pada pendapat saya, Harry rasa dia gagal lindungi ibu dia sebab masa tu dia masih kecil, jadi sekarang dia mahu lindungi Meghan semampu yang dia boleh.
"Harry juga sangat sensitif jika ada sesiapa yang mengkritik isterinya," ujar sumber itu lagi.- The Sun
Pihak istana buru individu dedah kisah pergaduhan Meghan dan Kate
Pihak istana buru individu dedah kisah pergaduhan Meghan dan Kate
KHABAR angin mengenai pergaduhan antara Meghan Markle dan Kate Middleton mula diperkatakan sejak minggu lalu.
Selain kisah antara dua isteri pewaris takhta Britain itu, timbul khabar angin mengenai sikap Meghan yang menyebabkan pembantunya meletakkan jawatan.
Susulan itu, hubungan di antara Putera William dan Putera Harry juga dikatakan turut bermasalah sehingga menimbulkan ketegangan di istana.
Malah, laporan pada minggu lalu turut menyebut hasrat Harry dan Kate untuk berpindah keluar dari Istana Kensington.
Menurut seorang sumber, Kate merasakan seolah-olah kehadirannya tidak disukai keluarga diraja.
Dalam pada itu, pihak istana kini giat melakukan siasatan untuk memburu 'sumber' yang dikatakan menyebarkan khabar angin berkenaan sehingga ia disensasikan pihak media.
Namun, pihak istana juga mengambil pendirian untuk berdiam diri dan menyifatkan hubungan sesama mereka masih baik dan tidak bermasalah. - Daily Star.
0 Ulasan
jerit kat sini