Loading...
KISAH CINTA SRIDEVI YANG HURU-HARA
Di awal penglibatannya di Bollywood, dia sebenarnya tidak boleh berbahasa Hindi. Dialog yang dirakam terpaksa menggunakan suara aktres Naaz sehinggalah dia yakin untuk menggunakan suaranya sendiri dalam filem hit Chandni (1989). Sebelum itu juga Rekha pernah merakam suaranya untuk Sridevi dalam filem Aakhree Raasta.
Pada tahun 1993, aktres ini memainkan peranan dalam salah satu filem termahal di India berjudul Roop Ki Rani Choron Ka Raja. Meskipun filem tersebut gagal di box office namun Sridevi dihargai oleh Times of India kerana mampu menghidupkan watak dalam filem tersebut dengan cemerlang.
Ketika era di mana pelakon wanita kurang diberikan penghargaan sewajarnya, dia ternyata sudah berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Muncul sebagai aktres India yang menerima bayaran tertinggi dari tahun 1985 hingga 1992, dia juga menerima gelaran Padhma Shri yang dianugerahkan oleh Kerajaan India.
Melalui undian yang dijalankan oleh CNN-IBN pada 2013, Sridevi dipilih sebagai Aktres Terhebat India dalam 100 Tahun. Dalam masa yang sama, ramai yang tidak tahu bahawa pengarah terkenal Hollywood, Steven Spielberg pernah menawarkannya untuk berlakon dalam filem Jurassic Park. Namun terpaksa ditolak kerana dia enggan meninggalkan Bollywood.
Aktres dinamik ini juga telah berlakon lebih 300 buah filem dalam tempoh setengah abad yang diabadikannya dalam industri layar perak.
Sememangnya satu kejayaan yang bukan mudah untuk digapai. Kehilangan Sridevi bukan sahaja ditangisi tetapi juga akanmeninggalkan ruang yang tak akan terisi dalam industri perfileman India.
SEHINGGA hari ini dunia perfileman Bollywood masih lagi meratapi pemergian aktres veteran Sridevi atau nama asalnya Shree Amma Yanger Ayyapan.
Ternyata kematian mengejut primadona berusia 54 tahun itu pada 24 Februari lalu, sukar dicari ganti.
Ternyata kematian mengejut primadona berusia 54 tahun itu pada 24 Februari lalu, sukar dicari ganti.
Di sebalik kejayaan gilang gemilang aktres wanita pertama Bollywood yang pernah merangkul enam kali anugerah Filmfare ini, siapa sangka dia seringkali berdepan dengan kisah cinta yang tidak kesampaian sebelum bertemu suaminya, penerbit filem, Boney Kapoor.
“Mimpiku adalah melihat seorang lelaki tampan mengenakan pakaian putih lalu menghampiri dan menciumku. Ketika bercium, kami sedang memakai pakaian pengantin. Oh! Tuhan, dia adalah lelaki paling tampan yang pernah aku lihat!” ujar aktres ini berkongsi angan-angan dengan peminatnya satu ketika dahulu.
Pada tahun 1980-an, Sridevi dikatakan pernah menjalin hubungan dengan aktor Mithun Chakraborty. Ketika itu dia tidak mengetahui Mithun sudah pun berkahwin dengan pelakon Yogita Bali. Sridevi dan Mithun dikhabarkan jatuh cinta sewaktu menjalani penggambaran filem Jaag Utha Insaan pada tahun 1984.
Awalnya hubungan cinta lokasi mereka berjalan lancar. Malah pasangan ini memutuskan untuk berkahwin secara rahsia setahun selepas itu di sebuah kuil. Sridevi juga dilaporkan dilihat mengikat rakhi (tali) pada pergelangan tangan untuk membuktikan kesetiaannya kepada Mithun.
Pun, kebahagiaan mereka hanya bertahan selama tiga tahun dan perkahwinan rahsia tersebut terbongkar. Apabila Yogita mendapat tahu tentang hubungan suaminya, dia cuba membunuh diri. Oleh sebab itu, Sridevi terpaksa mengundur diri.
Ketika sedang merawat hati yang lara, pelakon filem Laadla ini jatuh hati dengan penerbit filem, Boney Kapoor. Mendiang isteri penerbit tersebut ketika itu, Mona Kapoor, tidak tahu menahu tentang hal tersebut. Hubungan mereka menimbulkan skandal besar ketika itu sehinggakan ibu Boney menganggap si jelita ini sebagai perosak rumah tangga anaknya.
Pada tahun 1996, Sridevi mengambil keputusan berkahwin dengan Boney Kapoor. Pernikahan mereka menjadi kontroversi di India kerana ketika berkahwin, dia sudah pun mengandung sembilan bulan. Hubungan sulit antara mereka terjadi ketika dia menumpang di rumah Boney.
Ramai yang menganggap pelakon ini tidak mengenang budi baik Mona yang sanggup menumpangkannya di saat dirinya mula menjejakkan kaki di Mumbai. Malah ibu Boney juga tidak berpuas hati dan cuba menumbuk perut aktres itu yang sedang hamil pada parti tahun baru di hadapan tetamu.
Ketika mereka berkahwin, abang kepada aktor Anil Kapoor ini masih dalam proses perceraian dengan Mona. Setelah rasmi berkahwin, Sridevi melarang Boney untuk menemui anak-anaknya. Hal itu membuatkan anak Boney, Arjun Kapoor sangat membenci ibu tirinya. Hasil perkahwinan, Sridevi dikurniakan dua orang cahaya mata, Jhanvi, 21, dan Khushi, 17.
“Aku jatuh cinta dengannya ketika aku mengenalinya. Sulit dan trauma. Dalam masa yang sama aku terpaksa mengambil masa beberapa tahun untuk menerima hakikat bahawa dia adalah jodohku. Aku selalu percaya dengan kata hatiku dan aku senang mengikutnya pada waktu itu.
“Kedua orang tuaku meninggal dunia sementara adikku pula terkejut dengan keputusanku berkahwin dengannya. Namun sekarang mereka mempunyai hubungan yang baik dan itu adalah hal terindah yang aku miliki,” luah aktres ini terhadap hubungan cintanya dan suami.
SURAT CINTA
Pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam bagi seluruh peminat, juga kaum keluarga terutama suami yang sangat mencintainya. Biarpun pada awalnya Boney tidak dapat menerima hakikat kehilangan isteri tersayang namun akhirnya penerbit filem tersohor itu akur dengan takdir perpisahan.
Mengakui cinta mereka penuh dengan kejutan romantis, Boney mengakui sentiasa ingin berada di sisi isterinya setiap saat. Oleh sebab itu,
dia memilih untuk datang ke Dubai semata-mata ingin menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan mereka, bersama-sama.
Sempat bertemu dengan wanita kesayangannya itu di sebuah hotel yang terletak di Dubai, namun rancangan ke majlis makan malam bersama akhirnya tragedi. Wanita tersebut ditemukan terbaring dalam tab mandi di hotel yang didiami mereka.
“Boney cuba untuk menyedarkan isterinya namun tidak berjaya lalu dia terus menghubungi rakannya. Sridevi disahkan mengalami serangan jantung,” tutur satu sumber terdekat pasangan ini.
Usai kematian wanita yang amat dicintainya, penerbit filem berusia 63 tahun itu mengungkapkan kesedihan menerusi sepucuk surat yang penuh emosi dan dikongsi di akaun Twitter rasmi @SrideviBKapoor.
Dalam surat tersebut, Boney mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat Sridevi yang sentiasa menyokong aktres tersebut dengan dorongan yang luar biasa.
Dia juga meminta agar membiarkan mereka sekeluarga berduka tanpa sebarang gangguan. Dengan hati yang cukup gelisah, lelaki ini juga mengungkapkan dia kini akan memberikan perhatian kepada kedua-dua anak mereka.
“Hidup kita tidak akan pernah sama lagi,” ungkap Boney mengakhiri suratnya.
BAKAT SEMULA JADI
Sridevi mula berlakon seawal usia empat tahun sebagai Dewa Murugan dalam filem Thunaivan. Sementelah ketika usia 13 tahun, pelakon ini juga telah membuktikan bakatnya yang hebat dengan melakonkan watak ibu tiri Rajinikanth dalam filem Moondru Mudichu.
Di awal penglibatannya di Bollywood, dia sebenarnya tidak boleh berbahasa Hindi. Dialog yang dirakam terpaksa menggunakan suara aktres Naaz sehinggalah dia yakin untuk menggunakan suaranya sendiri dalam filem hit Chandni (1989). Sebelum itu juga Rekha pernah merakam suaranya untuk Sridevi dalam filem Aakhree Raasta.
Pada tahun 1993, aktres ini memainkan peranan dalam salah satu filem termahal di India berjudul Roop Ki Rani Choron Ka Raja. Meskipun filem tersebut gagal di box office namun Sridevi dihargai oleh Times of India kerana mampu menghidupkan watak dalam filem tersebut dengan cemerlang.
Ketika era di mana pelakon wanita kurang diberikan penghargaan sewajarnya, dia ternyata sudah berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Muncul sebagai aktres India yang menerima bayaran tertinggi dari tahun 1985 hingga 1992, dia juga menerima gelaran Padhma Shri yang dianugerahkan oleh Kerajaan India.
Melalui undian yang dijalankan oleh CNN-IBN pada 2013, Sridevi dipilih sebagai Aktres Terhebat India dalam 100 Tahun. Dalam masa yang sama, ramai yang tidak tahu bahawa pengarah terkenal Hollywood, Steven Spielberg pernah menawarkannya untuk berlakon dalam filem Jurassic Park. Namun terpaksa ditolak kerana dia enggan meninggalkan Bollywood.
Aktres dinamik ini juga telah berlakon lebih 300 buah filem dalam tempoh setengah abad yang diabadikannya dalam industri layar perak.
Sememangnya satu kejayaan yang bukan mudah untuk digapai. Kehilangan Sridevi bukan sahaja ditangisi tetapi juga akanmeninggalkan ruang yang tak akan terisi dalam industri perfileman India.
0 Ulasan
jerit kat sini