Video Aneh....Refleksi budak lelaki di cermin lebih cepat dari pergerakannya

Video Aneh....Refleksi budak lelaki di cermin lebih cepat dari pergerakannya

Loading...
Video Aneh....Refleksi budak lelaki di cermin lebih cepat dari pergerakannya

MUNCUL sebuah video menunjukkan seolah-olah pantulan imej seorang budak lelaki dalam cermin 'bergerak lebih pantas daripada pergerakannya'.

Dalam adegan yang mencetuskan tanda tanya, satu rakaman dibuat terhadap budak lelaki itu yang sedang berdiri di depan cermin dan kelihatan refleksinya di cermin lebih cepat atau mendahului pergerakannya.

Sebelum budak itu berpaling dari cermin, anda dapat melihat pantulannya telah hilang, seolah-olah imej pantulan itu berpaling lebih pantas daripada budak tersebut.

Adakah kanak-kanak itu bukan manusia? Adakah cermin itu 'berhantu'? Pengguna Twitter naik bingung dengan apa yang mereka lihat ini.

Malangnya, 'hantu' kemungkinan besar bukanlah penyebabnya.

Tetapi, mengikut logik akal ia mungkin berlaku disebabkan beberapa faktor seperti sudut rakaman, pandangan mata dan mungkin juga kualiti kamera.

Ibu kanak-kanak berkenaan dari San Antonio, Texas, berkongsi video itu di Twitter .

Klip lima saat itu telah dikongsi lebih dari 109,000 kali dan dilihat lebih dari 3 juta kali.

Pemilik asal video @satxjolynn, berkata sehari selepas menyiarkannya, barulah dia tahu ilusi itu mungkin disebabkan oleh gabungan sudut cermin, kedudukannya membuat rakaman. -Indy100


Catat Ulasan

0 Ulasan