Loading...
Gaun merah Baby Shima kena gunting sebab terlalu ketat sampai sesak nafas?
PEREKA fesyen yang bertanggungjawab menyediakan gaun untuk penyanyi Baby Shima pada malam konsert kedua Big Stage, Azhar Zainal menegaskan gaun itu bukan punca penyanyi itu rebah di pentas selepas tamat persembahan.
Jelas Azhar, gaun merah itu sudah dilonggarkan pada bahagian badan mengikut keselesaan Baby Shima untuk persembahan itu.
"Bahagian atas baju itu menggunakan material net jadi tidak ketat pun sebenarnya.
"Nampak fit sebab potongan dan jenis fabrik gaun itu melekap pada badan.
"Untuk memudahkan Baby Shima bernafas pada malam kejadian selepas dia pengsan, saya sendiri yang menyuruh paramedik memotong gaun itu sebab zip sukar dibuka.
"Tambah-tambah dengan keadaan panik di belakang pentas," katanya kepada Gempak.
Azhar tidak memikirkan soal untung rugi pada waktu itu sebaliknya berharap tiada perkara tidak diingini berlaku kepada Baby Shima ketika itu.
"Keadaan Baby Shima lebih penting berbanding gaun saya jadi saya tidak kisah pun ketika gaun itu digunting.
"Doktor pun sudah mengesahkan Baby Shima pengsan bukan sebab sesak nafas akibat gaun itu.
"Dia dalam kondisi kepenatan dan sudah memberikan sehabis baik pada konsert itu," tambahnya.
Baby Shima yang melantunkan lagu Ku Tak Akan Bersuara (Nike Ardilla) pada konsert kedua Big Stage pengsan selepas usai persembahannya.
Penyanyi itu dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut dan disahkan mengalami kepenatan dan kurang gula dalam badan.
Pada konsert ketiga Big Stage, Baby Shima akan mempersembahkan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi (duet Zizi Kirana).
Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 9 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.
Selain Baby Shima, Big Stage disertai Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Sissy Iman dan Wani Kayrie.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123).

0 Ulasan
jerit kat sini