Loading...
Tragedi Tham Luang Satukan Thailand, ”Unsung Hero” Di Sebalik Operasi Menyelamat Mangsa
Tragedi Tham Luang Satukan Thailand, ”Unsung Hero” Di Sebalik Operasi Menyelamat Mangsa:
‘Misi Mustahil’ yang diketuai pasukan khas Navy SEAL Thailand membabitkan beberapa negara antaranya United Kingdom, Australia dan Amerika Syarikat untuk mengeluarkan kesemua 13 mangsa yang terperangkap dalam Gua Tham Luang di Chiang Rai tamat semalam apabila lima mangsa terakhir berjaya dikeluarkan semalam.
Selain penglibatan sejumlah anggota penyelam dan penyelamat, tragedi yang menimpa 12 pemain dan seorang jurulatih pasukan Wild Boar FC ini nyata menjadi titik penyatuan warga Thailand, terutamanya mereka yang mengenali mangsa dan yang tinggal berhampiran dengan lokasi kejadian berlaku.
Mereka inilah yang bergelar ”Unsung Hero” yang memberi sekecil-kecil sumbangan namun impaknya sangat besar kepada kelancaran operasi menyelamat yang dijalankan. Jom kenali beberapa individu yang diangkat oleh media, terdiri daripada ahli komuniti yang ikhlas membantu demi memastikan semua mangsa berjaya diselamatkan.
Patcharee mengenali beberapa orang pemain remaja tersebut secara dekat. Malah dia merasakan dia melihat kanak-kanak tersebut membesar di depan matanya setiap hari. Salah seorangnya adalah Note, yang sering singgah membeli makanan ringan di kedai runcit miliknya.
”Kamu tidak pernah menyangka bahawa orang yang kamu kenal boleh terperangkap dalam gua,” katanya yang menyifatkan Note adalah seorang kanak-kanak yang baik, peramah dan kelakar.
Patcharee secara sukarela menyediakan makanan seperti nasi dan hidangan tradisional orang Thailand untuk pasukan penyelamat ketika operasi menyelamat baru bermula. Baginya, itu adalah caranya mengambil berat mengenai tragedi yang menimpa dalam komunitinya.
Bunjob merupakan seorang guru kepada salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Mike, ketika mangsa masih lagi bersekolah rendah.
Ketika dia mengetahui insiden yang menimpa bekas anak muridnya itu, Bonjub merasa sangat risau dan mengikuti rapat kejadian tersebut.
Bagi Bonjub, Mike merupakan seorang pelajar yang sangat berbakat dalam sukan antaranya permainan bola tampar. Mike juga padanya merupakan seorang yang ceria, bertenaga dan peramah.
Bonjub bertanggungjawab menggerakkan tabung derma di sekolahnya bagi mengumpul dana untuk membantu keluarga-keluarga mangsa yang datang dan menyewa berdekatan dengan lokasi kejadian bagi menunggu khabar berita mengenai anak-anak mereka.
Dia yang memiliki salon memberitahu media hampir tidak boleh tidur setiap hari memikirkan kejadian yang berlaku di dalam komunitinya.
”Semua penduduk di sini bercakap mengenainya. Malah mereka mendermakan beratus-ratus bungkus makanan yang disediakan untuk petugas-petugas penyelamat,” katanya.
Koywilai secara peribadi juga turut menyediakan makanan untuk pasukan penyelamat. Antara makanan yang disediakannya adalah pulut, ayam panggang dan sambal.
Dia yang berasal dari Chiang Mai menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan yang bertugas di lokasi operasi. Bersama-sama beberapa anggota sukarelawan yang lain,
Varee bertugas menjaga kebersihan di lokasi kejadian termasukklah di khemah-khemah yang menempatkan anggota penyelamat, pasukan khas Navy SEAL Thailand, khemah media dan khemah-khemah yang menempatkan anggota keluarga mangsa.
”Saya merancang untuk menawarkan bantuan sehingga kesemua mangsa ditemui,” katanya.
Selain bertugas menjaga kebersihan kawasan operasi, sukarelawan-sukarelawan ini turut menyediakan makanan dan malah ada yang menawarkan perkhidmatan mengurut secara percuma kepada petugas-petugas menyelamat secara percuma.
Sam merupakan seorang penduduk kampung berdekatan lokasi kejadian dan antara yang terawal terlibat sebagai sukarelawan dalam operasi menyelamat tersebut.
Dia bertindak mengangkut anggota sukarelawan dan wartawan naik dan turun diantara tapak khemah dengan pintu Gua Tham Luang menggunakan motosikal miliknya.
”Saya membantu kerana saya anggap semua mangsa yang terperangkap itu seperti saudara saya sendiri,” katanya.
Rafael si ayah dan anknya, Shlomi yang berasal dari Israel tinggal di Thailand. Mereka mengembara dari Udon Thani ke Chiang Rai untuk menawarkan diri menjadi penterjemah kepada petugas-petugas yang berasal dari negara luar.
Rafael sendiri mempunyai pengalaman menyelam dan meneroka gua tersebut sebelum ini bagaimanapun mengakui tidak pernah masuk lebih dalam sehingga ke lokasi semua mangsa ditemui.
”Apabila saya melihat tangisan ibu-ibu mangsa di televisyen, ia sangat menyentuh hati. Saya perlu melakukan sesuatu,” katanya.
Rafael menawarkan diri menjadi penyelam manakala anaknya bertugas sebagai penterjemah.
Keadaan di awal-awal operasi itu dijalankan, pasukan penyelamat sedikit kelam kabut disebabkan kekurangan pengalaman selain alatan yang digunakan terhad dan kesukaran untuk mencari penyelam berpengalaman.
Max yang mendapat tahu mengenai perkara tersebut, segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat dengan mata sendiri kesukaran yang dialami oleh pasukan penyelamat.
Dia yang sebelum itu melihat beberapa keping gambar daripada lokasi operasi termasuklah gambar pam air yang digunakan untuk menyedut keluar air, tahu alatan tersebut tidak akan membantu.
”Saya ada pengalaman dalam perlombongan bawah air, jadi saya ingin membantu dengan sebaik mungkin.
”Ketika dia awal-awal operasi, semua orang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Semuanya berlaku dengan pantas dan insiden seperti ini tidak pernah berlaku di Thailand.
”Semua orang sedaya upaya untuk membantu, termasuk pihak berkuasa. Mereka menghantar pelbagai kelengkapan ke sini, walaupun ia bukan kelengkapan yang tepat antaranya pam air saiz kecil, pam untuk pertanian, hos air dan pelbagai lagi,” katanya.
Max kemudian ditugaskan memeriksa sistem gua tersebut sebelum menentukan sendiri peralatan yang sesuai untuk kerja-kerja mengepam keluar air. Dia kekal sepanjang masa di gua tersebut untuk membantu kerja-kerja menterjemah dan memasang peralatan yang dipesannya.
Bekas anggota pasukan khas Navy SEAL Thailand ini yang berusia 38 tahun, disahkan seorang yang cergas dan dalam keadaan baik. Dia juga merupakan atlet triathlon kebangsaan Thailand selain seorang yang aktif berbasikal.
Mendiang menawarkan diri menjadi salah seorang penyelam dalam operasi menyelamat tersebut. Mendiang kemudian ditemui tidak sedarkan diri dipercayai lemas akibat kekurangan oksigen oleh penyelam lain.
Ketika itu, mendiang dikatakan dalam perjalanan keluar lima jam daripada lokasi mangsa-mangsa ditemui selpas menghantar bekalan tangki oksigen ke sana.
Sumber : BBC

Patcharee Khumngen

Bunjob Chai-arm

Koywilai Promwijit
Dia yang memiliki salon memberitahu media hampir tidak boleh tidur setiap hari memikirkan kejadian yang berlaku di dalam komunitinya.
”Semua penduduk di sini bercakap mengenainya. Malah mereka mendermakan beratus-ratus bungkus makanan yang disediakan untuk petugas-petugas penyelamat,” katanya.
Koywilai secara peribadi juga turut menyediakan makanan untuk pasukan penyelamat. Antara makanan yang disediakannya adalah pulut, ayam panggang dan sambal.
Varee Srichai
Dia yang berasal dari Chiang Mai menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan yang bertugas di lokasi operasi. Bersama-sama beberapa anggota sukarelawan yang lain,
Varee bertugas menjaga kebersihan di lokasi kejadian termasukklah di khemah-khemah yang menempatkan anggota penyelamat, pasukan khas Navy SEAL Thailand, khemah media dan khemah-khemah yang menempatkan anggota keluarga mangsa.
”Saya merancang untuk menawarkan bantuan sehingga kesemua mangsa ditemui,” katanya.
Selain bertugas menjaga kebersihan kawasan operasi, sukarelawan-sukarelawan ini turut menyediakan makanan dan malah ada yang menawarkan perkhidmatan mengurut secara percuma kepada petugas-petugas menyelamat secara percuma.
Sam Chareanphol
Sam merupakan seorang penduduk kampung berdekatan lokasi kejadian dan antara yang terawal terlibat sebagai sukarelawan dalam operasi menyelamat tersebut.
Dia bertindak mengangkut anggota sukarelawan dan wartawan naik dan turun diantara tapak khemah dengan pintu Gua Tham Luang menggunakan motosikal miliknya.
”Saya membantu kerana saya anggap semua mangsa yang terperangkap itu seperti saudara saya sendiri,” katanya.
Rafael dan Shlomi Aloush
Rafael si ayah dan anknya, Shlomi yang berasal dari Israel tinggal di Thailand. Mereka mengembara dari Udon Thani ke Chiang Rai untuk menawarkan diri menjadi penterjemah kepada petugas-petugas yang berasal dari negara luar.
Rafael sendiri mempunyai pengalaman menyelam dan meneroka gua tersebut sebelum ini bagaimanapun mengakui tidak pernah masuk lebih dalam sehingga ke lokasi semua mangsa ditemui.
”Apabila saya melihat tangisan ibu-ibu mangsa di televisyen, ia sangat menyentuh hati. Saya perlu melakukan sesuatu,” katanya.
Rafael menawarkan diri menjadi penyelam manakala anaknya bertugas sebagai penterjemah.
Max Yuttapong Kumsamut
Keadaan di awal-awal operasi itu dijalankan, pasukan penyelamat sedikit kelam kabut disebabkan kekurangan pengalaman selain alatan yang digunakan terhad dan kesukaran untuk mencari penyelam berpengalaman.
Max yang mendapat tahu mengenai perkara tersebut, segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat dengan mata sendiri kesukaran yang dialami oleh pasukan penyelamat.
Dia yang sebelum itu melihat beberapa keping gambar daripada lokasi operasi termasuklah gambar pam air yang digunakan untuk menyedut keluar air, tahu alatan tersebut tidak akan membantu.
”Saya ada pengalaman dalam perlombongan bawah air, jadi saya ingin membantu dengan sebaik mungkin.
”Ketika dia awal-awal operasi, semua orang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Semuanya berlaku dengan pantas dan insiden seperti ini tidak pernah berlaku di Thailand.
”Semua orang sedaya upaya untuk membantu, termasuk pihak berkuasa. Mereka menghantar pelbagai kelengkapan ke sini, walaupun ia bukan kelengkapan yang tepat antaranya pam air saiz kecil, pam untuk pertanian, hos air dan pelbagai lagi,” katanya.
Max kemudian ditugaskan memeriksa sistem gua tersebut sebelum menentukan sendiri peralatan yang sesuai untuk kerja-kerja mengepam keluar air. Dia kekal sepanjang masa di gua tersebut untuk membantu kerja-kerja menterjemah dan memasang peralatan yang dipesannya.
Mendiang Sarjan Saman Gunan
Bekas anggota pasukan khas Navy SEAL Thailand ini yang berusia 38 tahun, disahkan seorang yang cergas dan dalam keadaan baik. Dia juga merupakan atlet triathlon kebangsaan Thailand selain seorang yang aktif berbasikal.
Mendiang menawarkan diri menjadi salah seorang penyelam dalam operasi menyelamat tersebut. Mendiang kemudian ditemui tidak sedarkan diri dipercayai lemas akibat kekurangan oksigen oleh penyelam lain.
Ketika itu, mendiang dikatakan dalam perjalanan keluar lima jam daripada lokasi mangsa-mangsa ditemui selpas menghantar bekalan tangki oksigen ke sana.
Sumber : BBC
0 Ulasan
jerit kat sini