Nenek Lempar Cucu Luar Hospital Kerana Berang Anak Gadisnya Lahirkan Bayi Luar Nikah

Nenek Lempar Cucu Luar Hospital Kerana Berang Anak Gadisnya Lahirkan Bayi Luar Nikah

Loading...
Nenek Lempar Cucu Luar Hospital Kerana Berang Anak Gadisnya Lahirkan Bayi Luar Nikah

Seorang nenek melempar cucunya yang baru dilahirkan ke lantai di luar kawasan hospital gara-gara geram kerana anak gadisnya melahirkan seorang bayi secara tiba-tiba tanpa pengetahuan keluarga.

Anak gadisnya yang berusia 15 tahun itu bersalin di tepi jalan raya berdasarkan sebuah rakaman video yang tular di laman sosial.


Wanita itu bukannya menyambut bayi berkenaan, malah meninggalkan cucunya itu di lantai dan menyebabkan lebam yang teruk pada bayi malang itu.

Orang yang lalu lalang di tempat kejadian lantas berlari menyelamatkan bayi tersebut, meletakkannya di atas selimut dan melindunginya dari hujan menggunakan payung.

Mereka kemudiannya meminta wanita berkenaan untuk mengambil cucunya tetapi dia  tetap berkeras hati dengan menjerit memberitahu mereka ”tidak, tidak, kami tidak mahu anak ini.”

Difahamkan, anak gadisnya yang sedang belajar di daerah lain dengan jarak 250 batu dari rumah mereka pulang untuk melawat keluarga.

Gadis itu kemudiannya mula mengalami pendarahan dan berada dalam kesakitan menyebabkan wanita itu terus menghantar anaknya itu ke hospital.

Tetapi belum sempat mereka sampai, gadis itu telah melahirkan anak di luar sebuah hospital di timur China.

Bayi itu bernasib baik apabila dibantu oleh pihak hospital dan menerima rawatan.

Menurut pihak polis, mereka telah bercakap dengan wanita berkenaan yang dikenali sebagai Lin dan menerangkan tindakannya meninggalkan bayi berkenaan sebagai satu jenayah.

Sumber : Mirror UK

Catat Ulasan

0 Ulasan