Kak Long bidas KJ, pertahan bapa

Kak Long bidas KJ, pertahan bapa

Loading...
Kak Long bidas KJ, pertahan bapa




PETALING JAYA: Anak sulung presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tampil mempertahankan kemenangan bapanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pemilihan Umno, Sabtu lalu.

Nurulhidayah atau lebih dikenali sebagai Kak Long menerusi posting di Instagram (IG) miliknya dipercayai membidas Khairy Jamaluddin yang juga pencabar bapanya bagi jawatan tertinggi Umno pada pemilihan tersebut minggu lalu.

Meskipun tidak menamakan Khairy dalam posting tersebut, ia seperti ditujukan kepada bekas Ketua Pemuda Umno yang mempertikaikan kemenangan bapa calon Exco Wanita Umno itu.

"Dia yang bagi idea sampai gajah pun boleh terbang lepas tu salahkan orang sebab tak boleh deliver. Warloads dia yang ada kat dalam sekarang ni bukan sibuk nak pulihkan Umno, sibuk nak gali tanam Umno.

"Encik, eh... Tuan... eh, nak address apa yer? Awak belajar ketenteraan pun tak habis. Kita hormat lagi sebab awak kita anggap sebagai idola orang muda.

"Tapi awak agak melampau. Awak cakap tak serupa bikin. Awak lantang berkata kita terima kekalahan PRU14. Kekalahan awak?

"Yer la awak hebat. Kami ni tak bijak macam awak pi Oxford. Tu sebab awak tak pandang orang sekolah pondok," demikian tulis Nurulhidayah di Instagramnya pada Isnin.

Pada Ahad, Khairy meluahkan rasa kecewa terhadap sistem undi di peringkat bahagian yang didakwa menyebabkan ahli terpaksa mengikut kehendak warlords dengan membelakangkan kehendak perubahan daripada akar umbi.

Dakwanya, disebabkan itu, ramai diarah, diugut, dipaksa untuk mengikut pilihan warlords.
Sambil memaparkan gambar keputusan undian Pemilihan Umno di laman Twitternya, Khairy berkata, apa yang berlaku itu menyebabkan majoriti ahli Umno yang mahukan perubahan dinafikan hak untuk berbuat demikian.

“Keputusan rasmi terbaru untuk Pemilihan Umno. @Zahid_Hamidi 99 @Khairykj 61 @tengkurazaleigh 30. Kolum terakhir adalah undi popular. Terima kasih semua yang memberi sokongan.

“Statistik undi popular menunjukkan majoriti ahli Umno mahukan perubahan. Sistem undi bahagian menyebelahi warlords yang mempunyai cengkaman kuat atas bahagian mereka. Ramai diarah, diugut, dipaksa untuk ikut pilihan warlords,” katanya menerusi Twitternya pada Ahad.

Menurut Khairy, beliau menerima kekalahannya di dalam pemilihan tersebut bagaimanapun Umno katanya perlu berubah dengan membuang mentality feudal.
“Walaupun saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka, saya mahu Umno berubah. Buang mentaliti feudal.

“Angguk-anguk, tepuk-tepuk, seolah-lah tiada pendirian sendiri. Majoriti ahli nak berubah tetapi warlords masih pekak terhadap suara rakyat,” katanya.

Pada Pemilihan Umno bagi penggal 2018-2021 Sabtu lalu, Ahmad Zahid mengumpul 99 undi, jauh meninggalkan Khairi dengan 61 undi manakala Tengku Razaleigh, 30 undian

Catat Ulasan

0 Ulasan