Jasad sicomel Adam Rayqal ditemui dalam peti ais dirumah pengasuh selepas dilapor hilang (6Gambar)

Jasad sicomel Adam Rayqal ditemui dalam peti ais dirumah pengasuh selepas dilapor hilang (6Gambar)

Loading...
Jasad sicomel Adam Rayqal ditemui dalam peti ais dirumah pengasuh selepas dilapor hilang (6Gambar):

Adam%2Braykal%2B6.jpg
Batu Caves : Kejam nya pengasuh sanggup menyembunyikan jasad kaku Adam Rayqal dalam peti ais rumah nya selepas mendakwa anak tersebut telah diserah pada keluarga dan namun pihak keluarga mendakwa tidak mengambil anak mereka.
Laporan polis dibuat dan bayi tersebut didakwa hilang dari rumah pengasuh namun setelah siasatan pihak berkuasa jasad kaku sicomel ini dijumpai dirumah pengasuh dalam petis Ais dirumah tersebut.
Akhbar melaporkan Bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi, lima bulan, ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.
Beg yg diletakkan baby adam dan disumbat dlm peti ais.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
Katanya, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

Adam%2Braykal%2B2.jpg


adam%2B2.png


Adam%2Braykal%2B4.jpg


Adam%2Braykal.jpg


Adam%2Braykal%2B5.jpg
“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.
“Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Nakhoda.
Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.
“Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya
Sebelum ini, media melaporkan kehilangan bayi berkenaan dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya, petang semalam.
Bapa bayi itu, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, turut memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.
Semoga keluarga ini tabah dan pelaku mendapat hukuman yang setimpal tenang lah anak syurga Adam Rayqal. Al fatihah.

Catat Ulasan

0 Ulasan