Di siasat lebih dari 30 Jam ,Berat tuduhan pada anak tiri Najib kali ini

Di siasat lebih dari 30 Jam ,Berat tuduhan pada anak tiri Najib kali ini

Loading...
Di Siasat lebih dari 30 Jam ,Berat tuduhan pada anak tiri Najib kali ini
Di siasat lebih dari 30 Jam ini tuduhan berat pada anak tiri Najib sungguh tak sangka! |

 SIASATAN agensi anti rasuah ke atas anak tiri Najib Razak, Riza Aziz kini sudah melampaui 30 jam, dipercayai yang paling panjang sejak siasatan berhubung skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) dibuka semula oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah


Riza yang hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pagi tadi, meninggalkan bangunan itu pukul 7.35 malam tadi.

Hari ini adalah hari keempat beliau hadir memberikan keterangan, setelah sebelum ini didakwa menggunakan duit yang diseleweng daripada 1MDB untuk menerbitkan filem di Hollywood.

Riza hari ini berada di ibu pejabat SPRM lebih kurang sembilan jam. Semalam, beliau dipercayai memberi keterangannya lebih kurang tujuh jam. Siasatan ke atasnya pada hari pertama pada Selasa berjalan sembilan jam sebelum disambung pada Rabu selama enam jam.

Baik Riza mahu SPRM, tiada yang mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.
Riza yang memakai kemeja kuning dan jaket hitam meninggalkan Putrajaya dengan menaiki kereta jenis Audi berwarna hitam tanpa bercakap dengan wartawan yang menunggu sejak pagi.

The Malaysian Insight cuba menghubungi SPRM untuk mendapatkan penjelasan apakah siasatan terhadapnya sudah selesai atau apakah beliau masih perlu datang semula.

Riza disiasat SPRM lebih kurang sebulan selepas agensi itu memanggil Najib dan isteri, Rosmah Mansor untuk diambil keterangan berhubung siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Beliau merupakan penerbit filem dan juga pengasas bersama syarikat produksi Hollywood Red Granite Pictures.

Difahamkan SPRM juga cuba mencari kaitan antara Riza dengan ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam pelarian Low Thaek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low.

Riza kini kurang menonjol selepas namanya menjadi tumpuan Jabatan Kehakiman AS berhubung kaitannya dengan usaha untuk mendapatkan semula aset yang dibeli menggunakan wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB.

Pada Mac, penerbit filem “The Wolf of Wall Street” itu bersetuju membayar AS$60 juta (RM243 juta) kepada kerajaan AS untuk menyelesaikan saman berhubung dakwaan filemnya dibiaya menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.

CNN melaporkan Red Granite Pictures, yang turut menghasilkan filem komedi bermodal tinggi “Daddy’s Home” dan “Dumb and Dumber to”, diminta membayar jumlah itu secara ansuran sebanyak tiga kali, menurut dokumen yang difailkan mahkamah di California.

Red Granite Pictures didakwa menerima AS$64 juta yang didakwa dicuri dari 1MDB. DoJ percaya wang itu dipindahkan ke akaun yang dikawal oleh Riza. DoJ juga menyatakan, Riza mendakwa wang berjumlah AS94 juta yang diterimanya adalah “hadiah”.

Riza dituduh menggunakan dana itu untuk membeli hartanah mewah dan juga poster filem daripada Jho Low.

DoJ kini cuba merampas aset bernilai kira-kira AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan dana yang dicuri daripada 1MDB.

Siasatan skandal 1MDB dibuka semula selepas Pakatan Harapan menang pada Pilihan Raya Umum ke 14.

Bapa tiri Riza, Najib Razak didakwa atas tiga pertuduhan jenayah dan penyalahgunaan kuasa berhubung skandal 1MDB.

Pihak berkuasa Malaysia mengumumkan, pendakwaan tersebut hanyalah satu permulaan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan