Orang Ramai Tak Tahu,Ini Gaya Hidup Tun M Yang Sebenar

Orang Ramai Tak Tahu,Ini Gaya Hidup Tun M Yang Sebenar

Loading...
Orang Ramai Tak Tahu,Ini Gaya Hidup Tun M Yang Sebenar

Tun Dr Mahathir solat Jumaat di tempat biasa beliau di Masjid Negara. – Foto Sairien Nafis

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau berpura-pura menunjukkan dirinya berjimat-cermat dengan memakai selipar Bata berharga RM 11.99 dan membeli-belah di kedai runcit bajet bagi mengelakkan dilabelkan boros berbelanja.

“Saya tidak cuba menggambarkan hal sedemikian; saya memang secara semula jadi seperti itu.

“Orang ramai tidak tahu gaya hidup saya. Saya sangat berjimat-cermat. Saya tidak membazir wang. Saya tidak membeli perkara yang saya tidak perlukan.

“Saya sangat berhati-hati mengenai cara saya menghabiskan wang saya.

“Kamu lihat, saya seorang yang tidak mempunyai hutang. Saya tidak meminjam wang,” kata beliau dalam wawancara bersama Malay Mail.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir berkata hanya mengambil pinjaman untuk membina kediamannya yang segera beliau langsaikan.

“Jika saya meminjam, saya merasa dibebani bahawa saya perlu membayar baliknya. Saya tidak mahu beban itu.

“Saya tak beli apa-apa saham. Kamu boleh periksa. Saya tak ada, kecuali 200 saham Malayan Tobacco yang saya beli sebelum saya menjadi menteri, (pada tahun 1974),” katanya.

Sejak itu, beliau berkata tidak pernah membeli saham kerana beliau sudah mempunyai pengetahuan sebagai ‘orang dalam’ kerajaan.

Mahathir berkata beliau hanya melabur dalam dana jemaah haji Tabung Haji dan Permodalan Nasional Bhd.

Presiden BERSATU itu juga berkata beliau boleh membeli tanah di Langkawi yang kemudiannya diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai pada tahun 1987, tetapi beliau memilih untuk tidak berbuat demikian.

“Masa itu, satu relung yang luasnya kurang separuh ekar hanya berharga RM200 sahaja,” katanya.

“Saya boleh membeli dan kemudiannya mengisytiharkan bebas cukai Langkawi dan sekarang harga tanah seperti yang kamu tahu, satu ekar boleh mencecah lebih daripada RM5 juta.”

Kekayaan Mahathir dan keluarganya menjadi tumpuan selepas beliau mempersoalkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak serta setelah beliau meninggalkan Umno untuk menyertai gerakan pembangkang sebelum PRU14.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan NGO mesra Umno, Jaringan Melayu Malaysia menggesa SPRM menyiasat Mahathir atas dakwaan penyalahgunaan kuasa.


Anak-anak beliau, Tan Sri Mokhzani dan Datuk Mirzan terkenal dengan kekayaan mereka.
Mahathir menjelaskan beliau mengumpul wangnya melalui kebiasaan sikap berjimat-cermat sementara anak-anaknya mengembangkan kekayaan mereka melalui ikhtiar mereka sendiri.

“Saya tidak fikir memperkayakan diri kerana saya mendapati saya sudah kaya,” katanya.
Menurut Mahathir, ketika menjadi perdana menteri kali pertama selama 22 tahun, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan, daripada rumah sehinggalah aspek pengangkutan sehingga beliau tidak perlu membelanjakan wang gajinya.

“Oleh itu, wang saya sejak saya menjadi menteri pendidikan, saya simpan,” katanya, sambil menambah gaji bulanan RM8,000 itu kemudian meningkat kepada RM20,000 sekarang.

“Itulah wang yang saya miliki sekarang, yang saya laburkan secara ‘kurang bijak’ dalam banyak perkara. Saya belum buat keuntungan daripadanya,” katanya merujuk pelaburannya kedai roti The Loaf yang terpaksa menutup 12 rangkaiannya di seluruh negara selepas beroperasi selama 12 tahun.

Catat Ulasan

0 Ulasan