Michelle Obama Terima Hadiah Mahal Dari Raja Saudi Tapi Tak Simpan Hadiah Bawah Katil

Michelle Obama Terima Hadiah Mahal Dari Raja Saudi Tapi Tak Simpan Hadiah Bawah Katil

Loading...
Michelle Obama Terima Hadiah Mahal Dari Raja Saudi Tapi Tak Simpan Hadiah Bawah Katil

PETALING JAYA: Ketika mempertahankan jumlah keseluruhan barangan mewah dan wang tunai bernilai hampir RM1 bilion yang disita di kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau menjelaskan bahawa ia adalah hadiah daripada orang kenamaan dari luar negara.

Beliau berkata kepada Malaysiakini dalam temubual eksklusif bahawa ia tidak melanggar undang-undang untuk menerima pemberian berharga.

Najib mendakwa Michelle Obama (gambar) menerima hadiah bernilai jutaan dollar daripada Raja Saudi Abdullah Abdulaziz Al Saud ketika suaminya Barack Obama bergelar presiden Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan tersebut tidak 100 peratus tepat.

Ketika presiden AS atau isteri mereka menerima hadiah daripada orang kenamaan dari luar negara, mereka akan menyerahkan hadiah-hadiah itu kepada Jabatan Negara AS.

Unit Jabatan Protokol Hadiah menerima pemberian diplomatik bagi pihak Rumah Putih dan pegawai rasmi Jabatan Negara, di samping mencatat rekod hadiah tersebut.

"Ini termasuklah semua hadiah yang diterima oleh presiden, naib presiden, setiausaha negara dan pasangan mereka," kata Jabatan Negara AS pada huraian di laman web mereka.

Pada 2016, Obama menerima hadiah satu set linen bernilai AS$560 (RM2,265) daripada Duta Paraguay dan mangkuk seramik pula bernilai AS$2,000 (RM8,090) oleh gabenor Jepun.

Namun, hadiah yang paling mahal diterima oleh bekas presiden AS itu adalah pada tahun lalu iaitu arca kumpulan Bedouin yang dinamakan "The Small Caravan" daripada Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Ia dicat dengan warna emas dan perak dan dihiasi batuan permata berharga, serta pembuka surat rona perak dengan pemegang Falcon dan pen Chopard yang dianggarkan bernilai AS$56,720 (RM229,432).

Pada 2009, Michelle menerima set perhiasan berlian dan batu delima bernilai AS$132,000 (RM533,940) daripada Raja Saudi Abdullah Abd Al Aziz Al Saud.

Bagaimanapun, Michelle tidak menyimpan barangan perhiasan mewah tersebut di almari rumah atau dalam kotak di bawah katilnya, tetapi ia diserahkan kepada Arkib Luar Negara

Catat Ulasan

0 Ulasan