Datin Seri Haflin Dedah Rahsia Besar Dato Seri Nazri Aziz

Datin Seri Haflin Dedah Rahsia Besar Dato Seri Nazri Aziz

Loading...
Datin Seri Haflin Dedah Rahsia Besar Dato Seri Nazri Aziz


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mempunyai isteri yang amat jelita iaitu Datin Seri Haflin.

Wanita ini sememangnya mempunyai sifat yang lembut, penyayang dan amat mesra.

Dalam satu kunjungan wartawan mStar ke kediaman mereka di Ampang, Datin Seri Haflin yang kini berusia 36 tahun telah bercerita dan berkongsi mengenai keperibadian Datuk Seri Nazri ketika di rumah.

Untuk pengetahuan, Datuk Seri Nazri sebenarnya lebih mesra disapa dengan gelaran 'Chief '.

Menurutnya, sifat Datuk Seri Nazri yang merupakan seorang yang amat penyayang adalah perkara utama yang berjaya menawan hatinya.

Datin Seri Haflin juga menyifatkan suaminya itu sebagai seorang yang agak pemalu.

Cerita anak jati Kelantan ini, mereka berdua mula  bertemu di istana Pahang ketika dia menemani ibunya yang dianugerahkan gelaran Datuk.
Ini komen Datin Seri Haflin:

"Chief (Nazri) memiliki hati yang begitu baik. Dengan dia saya boleh jadi diri sendiri.

"Dia bukan seorang yang mudah menilai seseorang, tidak mengongkong dan itu sifat yang sering buat saya berasa senang," 


"Kami berjumpa buat pertama kali di istana Pahang, ketika majlis jamuan. Ibu saya terima anugerah Datuk dan dia (Nazri) pula mendapat gelaran Datuk Seri, kemudian kami ada berjumpa lagi di Kuala Lumpur,"

"Dia bukan seorang yang gopoh dalam perhubungan, namun dia begitu pemalu.

"Semasa mengurat itu pun dia tidak tunjuk yang dia sukakan saya," 


Selain pemalu dan penyayang, Datuk Seri Nazri juga digambarkan sebagai seorang yang tidak cerewet ketika makan dan antara lauk kegemarannya adalah petai.

Datin Seri haflin berkata, antara menu kegemarannya begitu ringkas seperti sambal petai, ikan tenggiri goreng, sayur bayam tumis dan kentang goreng.

Kesibukan suaminya membuatkan wanita ini meletakkan masa yang diluangkan Nazri bersamanya antara kejutan terbesar yang pernah diterimanya selama empat tahun melayari bahtera perkahwinan.

Ini pendedahan Datin Seri Haflin lagi;

"Nazri seorang yang sangat sibuk. Kalau tengok jadual dia sangat padat. Jika dia dapat meluangkan masa sehari bersama saya, itu adalah kejutan terbesar buat saya.

"Malah tahun ini dia memberikan kejutan apabila secara spontan merancang sambutan hari jadi anak sulung kami, JP.


Namun menurut Haflin, dia sentiasa memahami dan menghormati tanggungjawab suaminya sebagai anggota Kabinet dan pemimpin masyarakat.

Mengulas mengenai statusnya sebagai isteri pemimpin negara, katanya, dia tidak kekok dan sudah terbiasa menghadiri majlis-majlis rasmi.

Ini penjelasan Haflin lagi:

"Saya sering menemani suami ke majlis-majlis berkaitan pelancongan terutama selepas berkahwin.

"Mujur saya tidak berasa kekok kerana hampir 15 tahun melibatkan diri dalam industri pelancongan kerana keluarga saya mempunyai resort di Tok Bali, Kelantan.

"Oleh itu, ada ketikanya majlis yang Datuk Seri tidak boleh hadir, dia akan minta saya hadir mewakilinya,"

"Jangan salah anggap. Saya bukan nak status suami saya, tetapi saya cuma hadir sebagai wakil," 


Sepanjang perkahwinan dengan Datuk Seri Nazri, Haflin menerima seorang cahaya mata dan beliau kini merupakan ibu kepada anak lelaki yang comel berusia dua tahun. 

Untuk pengetahuan, Datuk Seri Nazri merupakan calon kerusi Parlimen Padang Rengas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Itulah sedikit sebanyak tentang pendedahan Datin Seri Haflin tentang suaminya yang ramai tak tahu.

Catat Ulasan

0 Ulasan