Tiada Anak Deja Moss Diceraikan

Tiada Anak Deja Moss Diceraikan

Loading...
Menyayat Hati! Kerana Tiada Anak Deja Moss Diceraikan 



Walaupun Dedahkan Sanggup Dimadukan Tapi…Tercari-Cari Manakah Penjamin..Tiada Siapa Menemani, Malah Tidak Ada Ahli Keluarga Mahupun Rakan-rakan Datang Ke Mahkamah Penyanyi bersuara lantang iaitu Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss mengakui reda dengan keputusan suaminya untuk bercerai.

 Deja berkata, suaminya iaitu Azfendy Azzuddin Ahmad telah memfailkan tuntutan cerai terhadap dirinya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor sekitar minggu lalu. 

Malah, Deja turut tidak menafikan bahawa mereka kini sudah tidak lagi tinggal sebumbung. “Dia yang nak cerai jadi biarlah dia yang fail cerai.

 Sepatutnya Rabu lalu, kami bertemu di mahkamah tapi saya sibuk sangat. Sekarang tunggu tarikh baru,” katanya dipetik Sinar Harian. Sementara itu, ketika ditanya mengenai faktor perceraian, Deja menjelaskan bahawa tidak mempunyai anak adalah antara punca utamanya. 

“Saya sedia bermadu tapi entahlah… Yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh. Saya reda bercerai,” jelas Deja. 

Tambah Deja, bagi mengelakkan terlalu memikirkan hal berkenaan, dia kini menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja amal selain menghambakan diri kepada Maha Pencipta. 

Deja dan Fendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan dinikahkan oleh Imam masjid Nohd. Nazarudi Mohd. Nadzir dengan berwalikan bapa Deja sendiri. 

Difahamkan, perkenalan antara pasangan ini berputik sejak mereka kecil dan mula serius selepas bertemu semula 14 tahun kemudian. 

Catat Ulasan

0 Ulasan