Terbaru...Lagi budak 8 tahun dir0 gol di India

Terbaru...Lagi budak 8 tahun dir0 gol di India

Loading...
Terbaru...Lagi budak 8 tahun dirogol di India

LCKNOW: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menghadiri kenduri kahwin bersama ibu bapanya menjadi mangsa terbaru kes rogol dan bunuh di India.

Insiden yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu dilaporkan berlaku di Uttar Pradesh lewat malam Isnin.

Seorang remaja berusia 18 tahun dari sebuah perkampungan di Etah, lokasi majlis perkahwinan yang dihadiri keluarga mangsa telah ditahan.

Lebih mengejutkan, suspek ditemui terbaring dalam keadaan mabuk di sebelah mayat mangsa.
Semasa kejadian, ibu bapa kanak-kanak malang itu sedang sibuk dan suspek menarik mangsa masuk ke dalam sebuah rumah dan bertindak merogolnya.

Suspek kemudiannya didakwa menjerut mangsa sehingga mati.

"Dia menarik mangsa masuk ke dalam sebuah rumah lalu merogol sebelum bertindak membunuh mangsa. Kira-kira pukul 1.30 pagi, beberapa acara sedang berlangsung.

"Dia menggunakan peluang itu menarik mangsa masuk ke dalam rumah lalu merogolnya," kata bapa mangsa.

Selepas orang ramai menyedari kehilangan kanak-kanak perempuan itu, mereka melakukan pencarian dan menemui mayatnya terbaring bersebelahan tubuh seorang remaja mabuk.

"Kanak-kanak itu berusia kira-kira lapan atau sembilan tahun. Dia dirogol dan juga dijerut sehingga mati. Suspek telah ditahan," kata pegawai polis Akhilesh Chaurasia.

Ini adalah kes rogol dan bunuh kedua dilaporkan selepas India digemparkan dengan kes bunuh dan rogol berkumpulan budak perempuan berusia lapan tahun, Asifa Bano di Khatua. - NDTV.com

Catat Ulasan

0 Ulasan