Ratu Elizabeth Menangis,Anjing Terakhirnya Dimatikan

Ratu Elizabeth Menangis,Anjing Terakhirnya Dimatikan

Loading...
Ratu Elizabeth Menangis,Anjing Terakhirnya Dimatikan

2 ekor anjing baka Corgi, Willow dan Monty dalam babak pembukaan Sukan Olimpik London 2012.

LONDON - Anjing baka Corgi terakhir milik Ratu Elizabeth II yang pernah muncul semasa segmen filem ketika acara pembukaan Sukan Olimpik 2012 London mati pada usia 14 tahun, lapor akhbar Daily Mail.
Willow merupakan generasi ke-14 daripada baka pertama Corgi bernama Susan yang dimiliki Ratu England semasa hari lahirnya yang ke-18, dimatikan di Istana Windsor pada Ahad lalu, kata akhbar tersebut.
“Baginda menangisi setiap satu kehilangan anjing-anjing saban tahun, namun kematian Willow memberi kesan yang lebih mendalam,” kata seorang sumber Istana Buckingham kepada Daily Mail.
“Ia mungkin disebabkan Willow merupakan generasi terakhir yang mengingatkan baginda kepada ibu bapanya dan masa lampaunya ketika masih kecil,” tambahnya.
Istana Buckingham enggan mengulas lanjut dan mengatakan ia urusan peribadi ratu.
Susan dihadiahkan kepada Ratu Elizabeth II oleh ayahandanya, George VI. Baginda masih mempunyai dua ekor lagi anjing baka Dorgi, Vulcan dan Candu yang merupakan kacukan Corgi dan Dachhund, kata Daily Mail. - Reuters 

Catat Ulasan

0 Ulasan