Loading...
Orang Minyak Mengganas
Kamarulzaman (dua dari kanan) menunjukkan kejadian anaknya, Nik Anis Ashira diikat orang minyak di rumahnya di Kampung Pengkalan Demit, Kubang Kerian semalam.
KOTA BHARU – Kira-kira 100 penduduk Kampung Pengkalan Demit di Kubang Kerian dekat sini heboh dengan kemunculan orang minyak yang didakwa mengganggu dan kerap membaling batu ke arah rumah mereka dalam tempoh sebulan lalu.
Bagaimanapun, gangguan orang minyak semalam memasuki episod baharu apabila seorang remaja, Nik Anis Ashira Kamarulzaman, 17, mendakwa dia ‘ditangkap’ orang minyak ketika menjemur baju di belakang rumahnya pada pukul 9 pagi.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian II itu mendakwa, dia ditarik dari arah belakang sebelum diheret masuk ke ruang tamu rumah sebelum kaki, tangan dan badannya diikat di kerusi.
Nenek mangsa, Aisyah Maidin, 60, menunjukkan kesan minyak hitam dipercayai diceroboh orang minyak di dapur rumah di Kampung Pengkalan Demit, Kubang Kerian.
Cerita Nik Anis Ashira, sepanjang kejadian itu dirinya seolah-olah dipukau apabila badannya menjadi lemah sehingga tidak mampu melawan. Malah gadis itu mendakwa dia juga tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan kelibat orang yang menyerangnya.
“Saya seperti dipukau sehingga tidak dapat menggambarkan pelakunya dan hanya tersedar selepas terasa leher dicekik seseorang.
0 Ulasan
jerit kat sini