Loading...
Nurul Izzah Tak Pergi Sekolah Ke?
Semalam Nurul Izzah sibuk ‘meroyan’ tidak puas hati dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempertahankan kenaikan harga barangan di pasaran bukanlah disebabkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), sebaliknya oleh kartel atau orang tengah yang mengejar keuntungan lebih.
Nurul Izzah tidak pergi ke sekolah ke? Sesuka hati menuduh GST adalah punca harga barang naik sehingga menyusahkan rakyat. Buat pengetahuan Nurul Izzah, harga barang seluruh dunia naik sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa, bukan disebabkan satu cukai semata-mata.
Mungkin semasa di sekolah, Nurul Izzah sibuk ‘mengulangkaji’ pelajaran di belakang pintu sehingga terlepas kelas ekonomi barangkali? Mungkinkah sebab itu juga Nurul Izzah dikhabarkan gagal dalam empat mata pelajaran? Hanya Nurul Izzah yang boleh jawab.
Sekiranya nak fahamkan isu harga barang naik ini, bolehlah baca link di bawah. Jika masih mahu menuduh GST yang menyebabkan harga barang naik, pasti orang itu malas membaca.
Kenaikan harga barang adalah satu realiti. Ini tidak bermakna kerajaan alpa mengenai isu kenaikan harga barang, malahan pelbagai cara sudah dilakukan kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Antaranya adalah menyediakan pelbagai kemudahan hasil daripada kutipan cukai itu sendiri seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), Klinik Rakyat 1 Malaysia, rumah PPR, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia (SARA 1Malaysia) dan berbagai lagi bantuan yang ditargetkan kepada golongan memerlukan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hamzah Zainudin menegaskan input bagi penetapan harga barangan bukan semata-mata mengambil kira soal cukai, malah ia turut dipengaruhi pertukaran mata wang asing, kos pengangkutan dan aspek pemasaran yang lain.
“GST dilaksanakan kerajaan bagi menentukan segala hasil yang kita kutip daripada peniaga secara sistematik dan efektif berbanding dengan kutipan 10 peratus semasa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kurang efektif dan timbul banyak masalah dalam ekonomi,” katanya lagi.
Tak habis dengan isu GST, Nurul Izzah juga tidak berpuas hati apabila subsidi minyak ditarik balik. Mungkin Nurul Izzah tidak berpuas hati kerana golongan kaya raya menjadi susah dan papa kedana kerana tidak dapat menikmati subsidi lagi. Walaupun sudah beribu kali diberitahu bahawa subsidi ditukarkan kepada subsidi tersasar, pembangkang tetap bebal tak faham. Buat apa nak kayakan orang yang sudah kaya dan merugikan kerajaan? Bukankah lebih bagus subsidi diberi secara terus kepada orang miskin?
Yang sebenarnya, pembangkang sudah tiada modal untuk menyerang pentadbiran cemerlang di bawah Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Razak yang lebih realistik dan mengikuti ‘trend’ ekonomi semasa. Disebabkan itulah isu harga barang diputar belit dan dikitar semula.
Hakikatnya isu harga barang telah wujud sejak zaman Tun lagi, malah lebih teruk kerana tiada bantuan seperti sekarang disediakan, malah pekerja yang bergaji RM2,000 pun sudah ditekan untuk membayar cukai. Itupun penyokong bebal pembangkang masih rindu dengan zaman Tun. -TV14
0 Ulasan
jerit kat sini