Loading...
Kesian Asifa...Di Rogol Berulangkali Hingga Mati
NEW DELHI - INDIA. Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dari daerah Jammu di India diberi ubat pelali dan dinodai berulang kali oleh enam lelaki, sebelum kepalanya dihentak dengan batu sehingga maut.
Pada petang 10 Januari lalu, Asifa Bano, tidak pulang ke rumah setelah diminta membawa balik kuda milik keluarganya dari sebuah padang ragut.
Lima hari kemudian mayat kanak-kanak malang itu ditemui di kawasan hutan berhampiran.
Menurut siasatan, Bano dikurung di sebuah kuil selama beberapa hari dan diberi ubat pelali sebelum didera dan dirogol berulang kali.
Anak kecil itu kemudian dicekik dan kepalanya dihentak dengan batu untuk memastikan dia tidak bernyawa sebelum mayatnya dibuang.
Sanji Ram, seorang penjaga kuil didakwa melakukan jenayah itu bersama dua anggota polis khas Deepak Khajuria dan Surender Verma, rakannya Parvesh Kumar, anak saudaranya yang masih di bawah umur, dan anaknya sendiri Vishal Jangotra.
Kes tersebut mencetuskan kemarahan komuniti Muslim Gujjar yang mendakwa jenayah itu sengaja dilakukan untuk menakutkan dan mengusir mereka dari daerah Jammu yang majoriti penduduknya beragama Hindu. - BBC/Agensi

0 Ulasan
jerit kat sini