Loading...
Kalaulah Mamat ‘MasterChef’ Rasa Rendang Diraja Ini, Baru Dia Tahu Nikmat Rendang Sebenar!:
Menu masakan Malaysia iaitu rendang secara tiba-tiba menjadi perbualan ramai pihak. Bukan hanya di Malaysia, malah kini hampir di seluruh dunia.
Isu rendang ini timbul apabila seorang tukang masak dari Malaysia iaitu Zaleha Kadir Olpin tersingkir daripada pertandingan MasterChef UK, dengan alasan yang dianggap tidak munasabah.
Kedua-dua juri terbabit berpendapat ayam rendang yang dihidangkan bersama nasi lemak itu tidak rangup dan garing.
Berikutan itu, akaun YouTube MasterChef diserbu ramai netizen dari Malaysia yang meninggalkan komen dan berpendapat penyingkiran Zaleha itu tidak adil.
Rata-rata netizen menyifatkan rendang ayam tidak boleh dimasak garing, malah juri mengadili Zaleha tanpa mengetahui cara masakan rendang yang tepat.
Rakyat Malaysia kali ini bersatu bagi menegakkan keadilan. Rata-rata mereka dilihat amat bangga dengan masakan tradisional warisan.
RENDANG SANTAPAN ISTANA
Namun, dalam kita berdebat mengenai rendang Zaleha itu, tahukah anda semua di Perak terdapat satu rendang yang digelar sebagai rendang diraja?
Biarpun gaya masakan rendang ini agak berbeza, namun kami percaya, jika juri MasterChef merasai makanan ini pasti gelaran juara dalam genggaman!
Untuk pengetahuan anda, rendang diraja ini menggunakan sepenuhnya resipi warisan berusia lebih 100 tahun dan hidangan ini bukan hanya terkenal dalam kalangan orang kebiasaan, malah menjadi santapan diraja.
Rendang ini kerap dihidangkan di kebanyakan istiadat Istana terutamanya di Perak dan Pahang.
Oleh kerana itulah, ia digelar sebagai rendang diraja!
RENDANG PENUH DENGAN SEJARAH
Menurut pewaris rendang ini Sarifuddin Mohamad, rendang tok di bawah jenama Mak Nik itu adalah hasil usaha ibunya iaitu Nafisah Yeop Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nik.
Perusahan ini bermula pada tahun 1985 dan rendang tok ketika itu memang sinonim dengan masakan tradisonal Perak.
Jelasnya, rendang tok dahulunya dianggap paling istimewa kerana ia hanya dihidangkan di istana untuk santapan diraja.
Nama ‘tok’ itu sendiri diberi kerana ia adalah gelaran untuk orang kenamaan.
Malah, pihaknya pernah menerima tempahan dari pihak istana Negeri Perak dan Pahang.
“Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah juga pernah mencuba rendang tok ini.
“Setiap kali istiadat, kami dipilih sebagai pembekal rendang tok oleh pihak istana,” katanya kepada Rojak Daily Skop!
Sehingga kini Rendang jenama Mak Nik telah menjadi ikon makanan di Perak dan turut diangkat sebagai produk pelancongan utama negeri Perak oleh Tourism Malaysia.
Terdapat pilihan rendang daging dan juga ayam. Jika anda teringin melihat sendiri proses masakan rendang tok ini boleh berkunjung terus ke alamat berikut atau layari Facebook Rendang Mak Nik.
No. 1 & 3, Persiaran Perindustrian Pengkalan, Taman Perindustrian Sri Pengkalan, 31500, Lahat, Perak.

0 Ulasan
jerit kat sini