Loading...
Kahwin lelaki 30 tahun, budak 10 tahun enggan ke sekolah
SEJAK berita mengenai pernikahannya dengan seorang lelaki berusia 30 tahun tersebar, budak perempuan yang hanya dikenali sebagai AY enggan ke sekolah.
Kejadian ini berlaku sebulan lalu di sebuah sekolah rendah apabila rakan kelas AY mendapat tahu mengenai majlis perkahwinan itu.
Menurut Ermai yang juga guru AY, anak muridnya di kelas Tahap Lima itu masih di sekolah rendah dan perkahwinan dengan lelaki dari Merangin, Jambi itu telah diatur oleh ibu bapanya.
Kini gurunya sedang berusaha berbincang dengan keluarga AY yang berasal dari daerah Nalo, juga dalam wilayah Merangin itu.
"Pihak sekolah telah meminta penjelasan ibu bapa AY kenapa mahu anak perempuan mereka berkahwin pada usia yang terlalu muda.
"Bagaimanapun, mereka memaklumkan AY telah bersetuju dengan rancangan itu," kata Ermai sambil menambah ibu bapa dan adik beradik AY yang lain juga mendirikan rumahtangga pada usia muda.
Kata Ermai, pihaknya juga akan memujuk ibu bapa AY supaya anak mereka dapat ke sekolah semula sekurang-kurangnya sebelum majlis itu berlangsung.
Menurutnya, sebelum ini, seorang pelajar sekolah itu telah melangsungkan perkahwinan sebaik tamat persekolahan.
Kajiselidik Demografik Kesihatan Indonesia mencatatkan rekod peningkatan peratus untuk perkahwinan melibatkan kanak-kanak di Jambi.
Jumlah itu meningkat 20.1 peratus pada 2012 kepada 21.6 peratus tahun lalu.
Ketua Lembaga Perancangan Keluarga dan Populasi Nasional Jambi, Mukhtar Bhakti berkata, kebanyakan remaja perempuan yang berkahwin awal ini pada usia 19 tahun.
"Kami berharap dapat menurunkan peratusan itu kepada 21 peratus tahun ini," katanya yang merangka program khusus bagi mengelak remaja berkahwin pada usia terlalu muda.-JakartaPost
0 Ulasan
jerit kat sini