Boy Iman Menipu Lagi?

Boy Iman Menipu Lagi?

Loading...
Boy Iman Menipu Lagi?

KUALA LUMPUR 6 April – Universiti Malaya (UM) mengesahkan tiada pendaftaran nama Datuk Noruliman A. Rahman (gambar) sebagai calon doktor falsafah (PhD) di universiti berkenaan.


Universiti itu dalam satu kenya­taan memberitahu, perkara itu disahkan melalui semakan status pendaftaran calon doktor falsafah dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan).


“Pihak UM membuat semakan dan mengesahkan bahawa tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon doktor falsafah di UM,” kata kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi UM hari ini.

Sebelum ini Noruliman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman menerusi laman Instagram milik­nya telah memuat naik foto memaparkan kad pelajar yang tercatat namanya dengan logo UM bersama tesis penyelidikan universiti itu.

Sementara itu, pelakon dan pe­nerbit tersebut ketika dihubungi mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dikeluarkan pihak UM berhubung status pendaftarannya sebagai calon PhD universiti berkenaan.

Menurutnya, dia ti­dak mahu memanjangkan isu tersebut dan menganggap pihak universiti mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Pihak UM ada hak, begitu juga saya. Tidak mengapalah, biar masa menentukan segala-galanya,” katanya.

Dalam masa sama, Boy Iman juga me­nyarankan agar semua pihak yang mengecamnya menunggu sehingga hari konvokesyen diadakan kelak untuk mengetahui kebenarannya.

“Saya rasa sudah seperti raja viral. Semua yang saya lakukan akan menjadi perbualan banyak pihak. Serba salah jadinya. Tunggu sahaja hari konvokesyen,” komennya ringkas.

Catat Ulasan

0 Ulasan