Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!

Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!

Loading...
Bagaimana Saya Jana Untung RM15,000 Sebulan Menjual Tudung, Walaupun Tanpa Premis!

Ini kisah dan pengalaman sebenar saya berniaga tudung  dengan hanya menggunakan modal dari duit PTPTN!


Assalammualaikum & Hi!

Nama saya Madihah Mustafha!

Saya telah menceburi bidang perniagaan dengan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, saya masih lagi sedang menuntut di sebuah IPT. Pada mulanya, saya hanya buat secara suka-suka sahaja. Saya hanya jual tudung ini kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari saya. Maklumlah, tudung yang saya jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang saya jual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik!

Disebabkan permintaan yang semakin hangat! Maka, saya telah bertekad untuk menjalankan perniagaan tudung ini dengan lebih serius lagi.

Sebagai seorang yang bergelar pelajar ketika itu, saya memang tidak mempunyai modal yang besar. Jadi, nak tak nak, saya gunakan sebahagian duit PTPTN yang saya terima, sebagai modal untuk saya mula membeli stok!

Alhamdulillah! Bermula dari modal pertama yang berjumlah RM600.... saya berjaya "rolling" duit itu sehingga menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan sewaktu saya masih lagi sedang belajar!

Perkara ini telah membuka mata saya dan saya nampak, bisnes tudung ini mempunyai potensi yang sangat besar!

Seronoknya Menjual Tudung!


Ini pula adalah borang poslaju yang saya isi setiap hari. Order dari customer sememangnya masuk hari-hari!.

Dulu, masa mula-mula bisnes, memang saya akan buat penghantaran setiap hari. Tetapi bila pelanggan dah makin ramai, saya buat penghantaran 2 kali seminggu sahaja. Tujuannya... supaya 5 hari lagi, saya dapat fokus untuk membuat kerja-kerja pemasaran & jualan.

5 hari saya akan fokus layan whatsapp, facebook dan ambil order. Lagi 2 hari, saya akan fokus uruskan pembungkusan produk dan penghantaran sahaja.

Secara purata, sale saya setiap hari adalah ratus-ratus ringgit sahaja, tetapi bila dikumpulkan seminggu... sebulan... ianya agak lumayan juga!  Lagi-lagi kalau tiba musim raya! Lagi masyuukk.... Boleh cecah RM25k sebulan..  semuanya hanya dilakukan dari rumah sahaja sambil-sambil jaga anak!

Bisnes Jimat Kos, Hanya Dari Rumah!


Nak mula buat bisnes tudung ni, tidaklah susah sangat! Kita boleh mula dengan modal beberapa ratus ringgit sahaja! Pulangannya juga agak cepat. Duit modal akan dapat dipusingkan dengan cepat! Lubuk jualan juga senang dijumpai.

Bila kita buat bisnes tudung ni...  Banyak sangat kos yang dapat kita potong dan jimatkan!
Sebabnya, bisnes tudung ini kita boleh buat dan mula dari rumah sahaja!

Penghantaran pun tak perlu pergi ke pejabat pos! Tetapi abang posmen yang datang sendiri ke rumah ambil barang! Dah jimat kos minyak dan masa disitu!

Dalam menjalankan bisnes tudung ni juga, saya tak gunakan model dan photoshot dalam studio yang memerlukan kos beratus, bahkan beribu ringgit untuk mengambil gambar setiap jenis tudung.

Cukup sekadar pelanggan saya yang jadi model menerusi feedback yang mereka hantar dan sekali-sekala, saya sendiri yang akan menjadi model. Ambil gambar pun guna handphone sahaja!
Bisnes Tepu? Banyak Persaingan?
Bila saya cerita pasal seronoknya buat bisnes tudung ni... ada juga yang kata... mereka nampak, bisnes tudung ni macam dah tepu dan terlalu ramai sangat orang yang menjual tudung. Jadi.. masih boleh cari makan ke?

Saya senyum je... memang saya akui, memang kita nampak ramai orang yang jual tudung... tapi.. dalam masa yang sama.. permintaan dan pasaran tudung ini juga sangat besar. Orang yang pakai tudung pada zaman kini, sangat ramai... malah, boleh saya katakan, majoriti wanita islam di Malaysia hari ini, memakai tudung. Tidak seperti zaman 60-an dulu, zaman-zaman P.Ramlee... zaman dulu, memang segelintir sahaja wanita yang memakai tudung.

Tapi hari ini, dari kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar kolej & universiti, wanita bekerja dan wanita berumur... semuanya memakai tudung. Dan apa yang lebih menarik lagi, golongan wanita berhijab ini, akan terus membeli tudung walaupun mereka sudah mempunyai berpuluh dan beratus helai  tudung.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mereka akan membeli tudung baru. Lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang kerap berada di luar rumah seperti wanita bekerja dan juga golongan pelajar. Mereka ini tidak akan putus-putus membeli tudung... sebabnya, setiap helai tudung yang dibeli, mempunyai nilai dan cirinya tersendiri yang berbeza dengan tudung yang lain, tambahan lagi, setiap helai tudung itu pula, hanya padan dipakai bersama beberapa helai baju sahaja.

Jadi, anda tidak perlu risau... walaupun sudah ramai orang yang menjual tudung, namun,  orang yang membeli tudung juga ada sangat ramai. Apa yang penting, anda perlu ada ilmu serta strategi yang tersendiri.... salah satu strategi yang boleh di gunakan.. ialah dengan mempunyai "produk killer"...
Mesti Ada Produk Killer!

Apabila kita buat bisnes tudung ni, kita mesti kena ada produk KILLER ! Produk KILLER inilah  yang akan buatkan tudung kita berbeza dari tudung-tudung penjual yang lain... dengan produk killer inilah nanti , bisnes dan jualan kita akan menjadi stabil pada setiap bulan! 

Macam mana kita nak tahu tudung mana yang akan menjadi  produk killer?

Senang je! Produk killer ini adalah tudung yang paling banyak jualan dia.  Selalunya, dalam masa 3 bulan kita buat  bisnes tudung ni nanti,  kita dah boleh tahu, mana satu produk killer dalam banyak- banyak jenis tudung yang kita jual. Bila dah ada produk Killer.. Kita dah tak perlu promot sangat, sebab orang dah mula kenal dan tahu , mana nak beli tudung yang mereka sukai.


Atas ni adalah antara produk killer saya, sambil tidur pun orang sibuk whatsapp tanya pasal tudung ni ajeee.. Kalau bulan puasa, waktu sahur tu jugak lah customer dok sibuk whatsapp, dan close order terus! Banyak feedback customer yang saya simpan sebagai rekod untuk jualan tudung ni. Tengok ni!


TAK PAYAH dah nak guna model! Customer sendiri pakai je pun dah cantik.. hehehe!

Ada juga pelanggan yang tempah sekali banyak untuk satu group NGO, persatuan, guru sekolah dan banyak lagi.  Dari jual retail, saya juga jadi pembekal untuk stokis yang lain. Ianya long term stable income. Alhamdulillah..

Jadi,.. Siapa kata susah bisnes tudung ni…? Insyallah, dengan ilmu dan cara yang betul!  Semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan...

Buat  Tudung Jenama Sendiri!


Bila pelanggan dah mula ramai dan saya pun sudah ada modal yang sedikit banyak. Saya mula buat tudung jenama sendiri. Bila kita ada jenama sendiri , kita boleh letak harga yang sedikit tinggi. Tapi, ikut kualiti kain jugalah ye!

Kalau kualiti kain tak best, pelanggan pun tak suka. Bila pelanggan tak suka, nanti pelanggan tak nak repeat order lagi, sendu pula sell kita selepas tu nanti..huhu!


MadihahScarf , adalah jenama tudung yang telah saya bina sendiri sejak 4 tahun yang lalu. Beza tudung saya dengan orang lain sudah tentulah dari segi kualiti dan design. Sebab tu bila ada produk sendiri ni, kita perlu jaga serba serbi kualitinya. Masa ni nanti, kita hanya jual apa yang pelanggan kita nak sahaja. Pendapatan juga akan jadi lebih stabil dan berpanjangan.


Sebenarnya... banyak benda lagi saya nak cerita pasal bisnes tudung ni. Tapi sebelum saya cerita panjang lebar... Saya nak tanya anda satu soalan dulu....
Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung?
Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu.
Di mana nak cari supplier?
Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
Kain jenis apa yang mahu digunakan?
Mana nak cari tukang jahit?
Berapa harga nak letak?
Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
Kat mana nak jual?
Macam mana nak buat ayat iklan?
Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?
Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul!
Namun begitu, berita baiknya... Dalam sibuk-sibuk menjual tudung ini. Saya telah meluangkan masa lebih kurang sebulan, untuk menuliskan segala rahsia dan juga pengalaman saya sepenjang berkecimpung di dalam perniagaan tudung ini!

Alhamdulillah.. Lepas curi-curi masa sedikit selama lebih sebulan... maka, akhirnya..... Terhasillah EBOOK DUO ini...

Catat Ulasan

0 Ulasan