3 FOTO: Bekas Isteri Datuk Khalid, Datang Melawat Anak Siti Nurhaliza

3 FOTO: Bekas Isteri Datuk Khalid, Datang Melawat Anak Siti Nurhaliza

Loading...
3 FOTO: Bekas Isteri Datuk Khalid, Datang Melawat Anak Siti Nurhaliza:

comel.jpg


Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Mak Iti ini telah pun popular di segenap pelusuk negara malah juga di luar negara. Datuk Seri Siti Nurhaliza kini dalam tempoh berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulungnya.

Cahaya mata sulungnya yang juga merupakan seorang bayi perempuan tunggal bagi pasangan Datuk K iaitu suaminya yang sudah mempunyai 4 anak lelaki dengan bekas perkahwinan terdahulu. Pasangan ini telah berkahwin pada 21 Ogos 2006.

Datuk K atau namanya sebenar ialah Khalid Jiwa telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza selama 12 tahun sebelum di kurniakan cahaya mata pertama. Kelahiran anak pasangan ini telah mendapat perhatian segenap pelusuk negara.

Ternyata kelahiran anak DS Siti yang diberi nama Siti Affiyah ini amat bermakna bagi pasangan ini apabila banyak kali Datuk 'K' dan Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuba banyak kali untuk mendapatkan cahaya mata.

Siti Affiyah dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat rawatan swasta Kuala Lumpur 19 Mac 2018 dengan berat 3.5kg pada pukul 8.17 pagi. Siti juga telah berkongsi pengalaman sedihnya apabila dia pernah mengalami keguguran pada 1 Disember 2015.

Menerusi laman sosial Instagram DS Siti Nurhaliza dia telah memuat naik gambar yang menunjukan bekas isteri kepada Datuk K telah datang melawat puteri sulungnya itu dengan caption :-

"My pleasure DS Kak Tengku .. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati kita sekeluarga .. amin ya rabb"


afiah.jpg


afiah1.jpg

Ternyata gambar yang dimuat naik oleh DS Siti itu mendapat banyak pujian daripada netizen. Rata-rata berkata semoga ukhwan yang terjalin akan sampai ke jannah. Semua peminat mendoakan yang terbaik buat Mak Iti.

Ternyata hubungan mereka baik dan akrab. Semoga keluarga Datuk K dan juga DS Siti sentiasa dalam rahmat dan penuh kecerian ditambah pula dengan kehadiran puteri sulung yang sudah lama di impikan.

Memang ramai peminat mendoakan dan teruja apabila anak pasangan ini lahir di tambah pula dengan kecomelanya membuatkan netizen geram dengan Siti Affiyah.

Sudah pasti Siti Afifiyah akan menjadi popular serta tumpuan ramai seperti anak seleberiti Che Ta dan juga Awal.

Sumber: IG CTDK

Catat Ulasan

0 Ulasan