Loading...
Wanita Malaysia Belum Nikah Dah Ada Anak,Terkandas Pula Di Nepal
KEDIAMAN Noorzailia bersama dua anak di Kathmandu. FOTO Ihsan Noorzailia Esammuddin
Batu Pahat: Wanita warga Malaysia, Noorzailia Esammuddin, 30, yang terkandas di Kathmandu, Nepal mendakwa sering menjadi mangsa pukul teman lelakinya, Adam, 43.
Menerusi perbualan menerusi aplikasi WhatsApps, Noorzailia mendakwa dia dipukul setiap kali bertanyakan mengenai janji lelaki itu atau nama sebenarnya Mohd Adam Hutta Raj Dumzan yang mahu membawanya pulang semula ke negara ini.
Menurutnya, kebajikannya turut diabaikan menyebabkan kesihatannya merosot termasuk menderita ketumbuhan daging pada buah pinggangnya sejak dua tahun lalu selain kehabisan wang dengan membeli ubat-ubatan bagi merawatnya.
“Adam berjanji macam-macam termasuk untuk menikahi saya dan mengaku dirinya akauntan serta beragama Islam ketika di Malaysia, tetapi rupa-rupanya dia menganut agama lain.
“Selepas beberapa bulan saya melahirkan anak kedua, dia tinggalkan kami terkontang-kanting.
“Saya buat keputusan untuk hidup sendiri dan lari dari rumah dengan menaiki bas yang mengambil masa perjalanan hingga empat hari ke Kathmandu bagi meminta bantuan Kedutaan Besar Malaysia.
“Saya sudah tidak sanggup kerana dari dulu Adam pukul saya sampai mulut berdarah apabila setiap kali saya sebut hendak balik. Sekarang ini saya sakit dan perlukan ubat setiap hari,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, bekalan ubatnya untuk dua minggu mencecah RM250, tetapi terpaksa berjimat hingga sebulan kerana kekurangan duit.
“Saya sukar untuk minta bantuan pulang. Saya hidup merana di Nepal kerana tertipu hingga hendak makan pun susah,” katanya.
Menurutnya, kini dia bergantung ihsan saudara- mara di negara ini yang mengirimkan wang bagi menampung perbelanjaan hidupnya sekeluarga kerana tidak dapat bekerja.
“Tiada kerja yang boleh saya buat di Nepal dan sampai sekarang saya tak pernah lagi membuang agama Islam untuk memakan benda yang tidak halal selama tujuh tahun saya di sini,” katanya yang meminta bantuan kerana terdesak.

0 Ulasan
jerit kat sini