Tahukah Anda Queen Elizabeth Tak Boleh Makan Benda -benda Ni Semua

Tahukah Anda Queen Elizabeth Tak Boleh Makan Benda -benda Ni Semua

Loading...
Tahukah Anda Queen Elizabeth Tak Boleh Makan Benda -benda Ni Semua

Baru-baru ini, chef Diraja British, Darren McGrady, telah ditemuramah oleh majalah Harpers Bazaar UK berkenaan menu dan jenis masakan yang sering dihidangkan di Istana Buckingham.
Jangan terkejut kerana chef Darren telah mendedahkan bahawa Queen Elizabeth tidak makan pasta, ubi kentang ataupun bawang putih!
Chef Darren telah menjadi tukang masak istana selama 15 tahun. Dia memberitahu bahawa Ratu England itu tidak makan sebarang makanan berkanji melainkan ia dihidangkan pada jamuan makan malam kerajaan. Pada hari-hari lain, diet hariannya hanya melibatkan ikan atau ayam yang dipanggang dengan dua jenis sayur-sayuran.
chef darren mcgrady tukang masak istana buckingham
Selain hidangan itu, Queen Elizabeth juga gemarkan hidangan salad dan buah-buahan segar.
Bercakap tentang buah, Queen Elizabeth mempunyai cara tersendiri apabila hendak memakan sebiji pisang. Baginda akan memotong kedua-dua bahagian hujung pisang dan membelah pisang secara memanjang. Kemudian, isi pisang akan dihiris kecil-kecil untuk dimakan menggunakan garfu.
cara queen elizabeth makan pisang
Ratu England ini tidak gemarkan bawang putih dan para tukang masak diberitahu agar tidak menggunakannya dalam masakan. Makanan yang terlalu banyak bawang juga perlu dielakkan.
Apabila memakan menu daging seperti steak, baginda lebih sukakan daging yang dimasak dengan secukupnya (well done). Baginda tidak akan sekali-kali dihidangkan daging yang mentah atau tidak cukup masak.
ratu england hanya makan kanji pada jamuan makan malam kerajaan 341

Manisan yang paling disukai oleh Queen Elizabeth ialah... "KEK BATIK."

Walaupun nama kek ini dalam bahasa Inggeris ialah Chocolate Biscuit Cake, namun rupa dan bahan yang digunakan adalah hampir sama dengan kek batik resepi tempatan. Bezanya, kita di sini menggunakan serbuk Milo sebagai bahan coklat. Kek kesukaan Queen Elizabeth ini tidak perlu dibakar dan hanya perlu disejukkan dalam peti ais, sama seperti kek batik kita.
chocolate biscuit cake kek batik
Rupa-rupanya, Queen Elizabeth akan membawa 'kek batik' kegemarannya ini ke mana sahaja baginda pergi. Jika Ratu perlu ke Istana Windsor, misalnya, seorang chef senior akan membawa bersama lebihan kek yang masih belum dimakan untuk dihidangkan kepada Queen Elizabeth sepanjang berada di sana.
Setiap hari, baginda akan memakan sekeping potongan kecil sehingga keseluruhan kek itu habis dimakan.
Selain daripada Ratu England, Putera William dan Putera Harry juga amat sukakan snek 'kek batik' ini. Mereka sering memakannya sepanjang zaman kanak-kanak. Putera William amat menggemari kek disaluti coklat ini sehingga kek yang sama diminta untuk dijadikan kek pengantin lelaki semasa perkahwinannya bersama Kate Middleton.
inilah kek batik pengantin lelaki yang dibuat menggunakan biskut mcvities

Putera William rilek je order 'kek batik' yang diperbuat daripada coklat dan biskut masa dia kahwin.

Sumber:

Catat Ulasan

0 Ulasan