Susu EMAS, Minuman Kecantikan Paling TRENDING Untuk Kecantikan Kulit, Rambut & Kuku

Susu EMAS, Minuman Kecantikan Paling TRENDING Untuk Kecantikan Kulit, Rambut & Kuku

Loading...
Susu EMAS, Minuman Kecantikan Paling TRENDING Untuk Kecantikan Kulit, Rambut & Kuku

Apabila usia sudah bertambah, pasti akan ada garis halus atau kedutan yang terbit pada wajah. Selain menggunakan rawatan sapuan seperti masker, anda juga sebenarnya boleh cuba mengamalkan minum susu emas atau kunyit. 

Resipi susu ini berdasarkan resepi Ayurvedic (India Kuno). Jika anda bertanyakan kepada rakan-rakan India anda, mereka pasti akan tahu mengenai resepi ini.

 Bahan utama minuman ini adalah kunyit dan bahan ini sememangnya penuh khasiat dan tidak boleh disangkal kebaikannya.


Kebaikan Susu Emas (Kunyit)

1. Menghilangkan jerawat/eczema dan menjadikan kulit lebih sihat, bersinar dan bebeas cela kerana ia memiliki properti anti-bakteria, anti-septik dan anti-radang.

2. Efek anti-penuaan – mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada wajah.

3. Membakar lemak dengan mempercepatkan sistem metabolisme, membaiki sistem penghadaman dan mengurangkan angin dalam badan.

4. Menghalang peningkatan berat badan di masa hadapan.

5. Membantu pertumbuhan rambut dan merapikan kulit kepala dengan menghilangkan kelemumur.

6. Menghalang keguguran rambut berlebihan.

7. Mengurangkan kesakitan senggugut.

8. Meningkatkan imunisasi untuk menghalang radikal bebas menyerang sistem tubuh.

Susu emas ini juga dapat mengurangkan kekerapan anda sakit (selsema atau demam). Jadi apa anda tunggu lagi? Mari lihat resepi ini di bawah.

Sumber: Youtube (The Happy Pear)

Anda boleh sesuaikan mengikut citarasa anda tetapi pastikan bahan yang anda gunakan itu organik dan bukan bahan diproses. Selamat mencuba!

Catat Ulasan

0 Ulasan