Sufian Suhaimi Dedah Syarat Pelik Ibu Elfira

Sufian Suhaimi Dedah Syarat Pelik Ibu Elfira

Loading...
Sufian Suhaimi Dedah Syarat Pelik  Ibu Elfira


KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sufian Suhaimi, menepis spekulasi kononnya jumlah wang hantaran tinggi menjadi punca pertunangan dirinya dengan pelakon, Elfira Loy, putus.

Katanya, dalam keghairahan sesetengah pihak untuk menjadi orang pertama yang ‘tahu’ segala-gala, sebahagiannya tampil bersama andaian sendiri.

Sebelum ini, wujud dakwaan mengatakan Sufian kononnya tidak mampu untuk menyediakan jumlah wang seperti diletakkan oleh keluarga pihak perempuan, sehingga ikatan yang disimpulkan pada 6 Oktober tahun lalu terlerai.

Begitupun, ketika ditanya sendiri kepada empunya diri, penyanyi Terasa Ada itu menafikan perkara terbabit.

“Saya percaya, dalam hal sebegini, banyak pihak seperti mahu menjadi yang pertama. Seolah-olah, mereka tahu segala-gala yang berlaku.

“Tidak kurang juga yang membuat andaian dan kesimpulan sendiri, termasuklah dalam soal wang hantaran. Sedangkan, hakikatnya tiada isu pun dalam perkara itu.

“Silalah berhenti daripada membuat kesimpulan sendiri dan hormatilah keluarga saya serta Elfira,” katanya sambil menegaskan, dirinya sekali-kali takkan mudah melatah dengan segala apa yang terjadi.

SYARAT IBU ELFIRA LOY KEPADA SUFIAN SUHAIMI

Jelasnya, selama ini, tiada jumlah wang hantaran tepat yang ditetapkan, sebaliknya beliau perlu membaca sebuah surah sebagai syarat memiliki gadis berkening lebat itu.

“Sebelum berkahwin dengan anaknya, ibu Elfira ada meletakkan syarat seperti saya perlu menghafal Surah al-Mulk, selain menabung sejumlah wang setiap hari,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta ulasannya berhubung tindakan netizen mempersenda diri dan judul lagunya, Sufian berkata, tumpuannya kini adalah lebih kepada berdepan kontroversi terbabit dan memulihkan imej yang tercalar.

Baru-baru ini, segelintir netizen dikatakan mempersenda penyanyi ini dan lagunya, seperti mewujudkan tanda pagar #terasaadawalausekejap, berdasarkan dendangannya, Terasa Ada.
“Dalam hal mempersendakan ini, ia tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka.

Begitupun, saya maafkan mereka kerana masing-masing tidak tahu apa yang berlaku,” katanya yang bakal muncul dengan single keempat, Di Matamu.

Belum pun dilancarkan, video lirik tidak rasmi lagu itu kini sudah pun ‘trending’ nombor satu di YouTube.

SUMBER : BHARIAN
VIDEO LAGU BARU SUFIAN SUHAIMI

The post Sufian Suhaimi Dedahkan Syarat Yang Ditetapkan Oleh Ibu Elfira Loy .. Bukan Biasa Biasa Syarat Dia

Catat Ulasan

0 Ulasan