Sudah Nasib...Madu Izreen Rancang Berniaga Kecil-Kecilan Demi Tampung Kehidupan

Sudah Nasib...Madu Izreen Rancang Berniaga Kecil-Kecilan Demi Tampung Kehidupan

Loading...
Sudah Nasib...Madu Izreen Rancang Berniaga Kecil-Kecilan Demi Tampung Kehidupan

Isteri pertama pemuzik bebas Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude iaitu Intan Liana Saleh merancang untuk memulakan perniagaan minyak wangi dan jamu secara kecil-kecilan untuk menanmpung kehidupannya bersama dua anaknya.
Memetik laporan BH online, Intan berkata dia, dirinya perlu menerima hakikat beliau harus tabah untuk hidup sebagai ibu tunggal. Justeru dia akan dan memulakan kehidupan baru dan berdikari.
"Sebelum ini, memang saya tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Kini, saya harus bermula dari kosong.
"Begitupun saya ada juga membuat perniagaan kecil-kecilan dalam talian, dengan menjual minyak wangi dan jamu. Insya-Allah, bulan ini saya akan lancarkan produk penjagaan bibir pula.
"Selepas ini, memang saya kena berdikari. Saya juga akan mencuba nasib mengikuti uji bakat untuk berlakon iklan," kata ibu kepada Aris Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 1.
Redha dengan keputusan suaminya yang mahu menceraikannya, madu kepada Izreen Azminda ini berkata dia sedar dirinya bukan wanita terbaik buat Ude.
"Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuk dirinya. Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang,' katanya.
Intan sebelum ini pernah membuat kenyataan rela bermadu dengan Izreen selepas mendapat tahu mengenai perkahwinan Ude dan aktres itu.
Pada 28 Februari lalu, Ude dan Intan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi urusan lafaz cerai selepas pemuzik memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes berkenaan.
Kata wanita berusia 32 tahun itu lagi, beliau dan Ude sepatutnya meraikan ulang tahun kelima perkahwinan mereka pada 1 Mac (semalam).
"Orang selalu cakap, dalam tempoh lima tahun memang akan ada banyak dugaan dalam perkahwinan. Jelas sekali, inilah dugaan buat saya yang perlu saya lalui," katanya.
Menurut Intan, dirinya dan Ude juga sepakat untuk tidak membawa soal penjagaan anak ke mahkamah.
Kes perceraian pasangan ini akan disebut semula pada 22 Mac 2018.

Catat Ulasan

0 Ulasan