Ratu Elizabeth II Ajar Cara Betul Makan Skon

Ratu Elizabeth II Ajar Cara Betul Makan Skon

Loading...
Ratu Elizabeth II Ajar Cara Betul Makan Skon

JIKA di rantau Asia Tenggara asal-usul makanan tradisional seperti nasi lemak, nasi goreng, popia dan apam balik pernah menjadi perdebatan, lain pula keadaannya di United Kingdom (UK).

Di UK, ramai yang ‘bergaduh’ semata-mata untuk menentukan cara sebenar menikmati manisan minum petang popular, scones atau skon!

Skon biasanya dihidangkan bersama-sama krim pekat (clotted cream) dan jem strawberi, namun yang menjadi punca ketidak puasan hati selama beratus-ratus tahun lamanya sejak skon diperkenalkan pada abad ke-11 itu adalah persoalan yang mana satu harus disapu dahulu: krim atau jem dahulu?

Sementara masyarakat di daerah Devon biasanya menyapu krim pekat dahulu sebelum jem strawberi, orang-orang di Cornwall pula secara tradisionalnya lebih gemar meletakkan jem dahulu.

The Queen always had home-made Balmoral jam first ( @tiptree little scarlet when we ran out) with clotted cream on top at Buckingham Palace garden parties in the Royal tea tent and all Royal tea parties. https://t.co/fTAyuwGxcs
— The Royal Chef (@DarrenMcGrady) March 15, 2018

Namun, semua orang boleh hentikan perbalahan kerana Ratu Elizabeth II telah ‘menunjukkan’ cara yg betul untuk menikmati skon!

Menurut seorang cef yang pernah berkhidmat dengan dapur DiRaja pada tahun 1982 hingga 1993, Darren McGrady, Ratu Elizabeth gemar menyapu jem dahulu sebelum diikuti dengan krim pekat.

“Ratu Elizabeth sentiasa menikmati skon baginda dengan sapuan jem Balmoral buatan cef-cef Istana Buckingham dahulu.

“Selepas menyapu jem istimewa tersebut, baginda kemudiannya akan meletakkan sesudu penuh krim pekat diatas skon yang telah disapu jem itu,” kata McGrady.

McGrady memberikan kenyataan tersebut selepas timbulnya pergaduhan antara netizen dari Cornwall dan Devon yang masing-masing kononnya tahu cara yang ‘betul’ untuk menikmati skon.

Cef itu juga berharap agar persengketaan antara dua daerah pertanian yang popular dengan hasil tenusu itu berakhir dan masing-masing berbaik semula “demi peninggalan sejarah peradaban British yang amat sedap dan istimewa” itu.


Catat Ulasan

0 Ulasan