Penat.....Hari Ke Dua Siti Sebagai Ibu

Penat.....Hari Ke Dua Siti Sebagai Ibu

Loading...
Penat.....Hari Ke Dua Siti Sebagai Ibu

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, menyifatkan gelaran ibu yang disandangnya selepas kelahiran cahaya mata sulung umpama sebuah mimpi.

Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti juga kelihatan cukup seronok saat bertentang mata dengan anaknya, yang buat sementara waktu diberikan gelaran Fatimah Az-Zahra.

“Tergambar rasa seronok Siti saat bertentang mata dengan anaknya. Rasa macam dalam mimpi.

“Siti juga mula berasakan nikmat menyusukan anak walaupun agak kekok kerana masih baharu dan penat.

“Pada masa sama, jururawat banyak membantu Siti dan bayi untuk menyesuaikan diri pada hari kedua selepas kelahiran,” katanya berkongsi perasaan dan keadaan penyanyi itu saat dihubungi BH Online, sebentar tadi.

Setia menemani artis jagaannya, Rozi turut memaklumkan, Siti, 39, akan terus berada di wad berikutan keadaannya yang masih memerlukan pengawasan doktor.

“Siti dijangka akan terus berada di wad pusat perubatan tempatnya bersalin bagi tempoh tiga atau empat hari lagi, bergantung kepada keadaan dan pemeriksaan doktor,” katanya.

Penyanyi Comel Pipi Merah itu melahirkan seorang anak perempuan seberat 3.55 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu negara menerusi kaedah pembedahan, pagi semalam.


Rozi juga berkata, Siti akan bercuti selama lebih tiga bulan bagi menjalani proses berpantang.

Selain berehat dan menjalani proses pemulihan, katanya, tempoh itu juga dapat digunakan oleh Siti bagi memberikan tumpuan kepada cahaya mata pertamanya.

“Kalau boleh, kami mahu membiarkan Siti berehat sehingga lepas musim Aidilfitri nanti kerana itulah juga masa sesuai untuk beliau kembali aktif. Bagaimanapun, kami tak nafikan beliau ada perniagaan yang mungkin memerlukannya kembali bekerja lebih awal, iaitu pada Ramadan dan hari raya.

“Begitupun, Siti cuma akan benar-benar aktif bermula pada hujung tahun, sehinggalah 2019. Banyak tawaran mengadakan persembahan yang diterima, selain merakam single baharu,” katanya.

Mengenai video muzik rasmi Comel Pipi Merah yang bakal menampilkan permata hati Siti, Rozi berkata, jika tiada aral melintang ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan