Menjejak Misteri Hantu Red Kebaya Dan Bunga Melur Yang Di Tinggalkan

Menjejak Misteri Hantu Red Kebaya Dan Bunga Melur Yang Di Tinggalkan

Loading...
Menjejak Misteri Hantu Red Kebaya Dan Bunga Melur Yang Di Tinggalkan

Kisah ini dikongsikan  oleh seorang rakan kepada orang yang mengalami peristiwa ini. 

Orang tersebut adalah seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an, bernama Mustafa Mahmud. 

Mustafa menceritakan kisah yang pernah dialaminya itu berlaku lebih kurang pukul 2 pagi pada awal 1980-an, semasa beliau memandu kereta ke hospital umum Kuching, Sarawak untuk menghantar jirannya yang mahu bersalin.

 Di tengah perjalanan menuju ke hospital, Mustafa terpandang seorang gadis sedang berdiri di tepi jalan menghala ke Matang. Apabila disuluh lampu keretanya, kelihatan gadis itu sedang membelakangkannya sambil memegang sekaki payung. 

Gadis itu memakai kebaya pendek berwarna merah menyala. Rambutnya disanggul dan dihiasi bunga melur. Penampilannya persis seperti gadis dari tahun 1940-an dan 1950-an.

Semasa pulang dari hospital, Mustafa berasa terkejut kerana si gadis berkenaan masih berdiri di tepi jalan tadi. 

Mustafa memperlahankan keretanya dan memandang gadis tersebut. Ternyata si gadis sangat cantik rupa paras wajahnya. Mukanya disolek rapi. “Hmm, sah pelacur ni!” getus Mustafa di dalam hatinya.


Seminggu kemudian semasa menghadiri majlis kenduri di rumah arwah sepupunya, Mustafa menceritakan kisah tadi kepada seorang ustaz. Terkejut Mustafa kerana ustaz tersebut rupa-rupanya pernah terserempak dengan gadis berkenaan. 

Malah ustaz tersebut turut menumpangkan gadis itu menaiki keretanya. Di sepanjang perjalanan selama lebih kurang 20 minit, si gadis langsung tidak berkata walau sepatah perkataan pun. 

Yang paling menyeramkan, apabila sampai saja di sebuah selekoh, ustaz itu mendapati gadis berkenaan sudah pun ghaib. Hanya wangian bunga melur harum semerbak memenuhi ruang keretanya.

 Pada keesokan harinya ustaz tersebut mendapati ada kuntuman bunga melur bertaburan di atas kerusi belakang keretanya! Dari cerita penduduk setempat, gadis itu dahulunya telah ditangkap dan dijadikan hamba seks oleh tentera Jepun. 

Dia kemudian dibunuh dengan kejam dan mayatnya ditanam di sekitar bulatan jalan tersebut. Kisah misteri ini juga pernah disiarkan oleh majalah Mastika, suatu ketika dahulu.

 Jadi persoalannya di sini, ‘siapakah’ wanita yang ditumpangkan dalam kisah tadi? Hantu! Ya, hantu. 

Opss! Itu bukan jawapan saya, tapi jawapan anda. Tetapi, kalau bukan hantu, siapa? Namun tiada siapa yang boleh menafikan bahawa kita cukup gemar mendengar cerita hantu, lebih-lebih lagi masyarakat Melayu.

 Asal saja ada benda yang pelik dan aneh, cepat saja kita kaitkannya dengan hantu tanpa berfikir panjang terlebih dahulu.



Menurut penduduk, wanita berkebaya merah itu berusia dalam lingkungan 20-an, bertubuh langsing, rambut lurus ke paras bahu, bermuka bujur, hidung mancung, memakai lipstik merah yang terang dan memakai kebaya bewarna merah berbunga kecil.

 Kelibat wanita tersebut dipercayai jelmaan roh daripada mangsa kemalangan maut di sekitar kawasan tersebut. Roh mangsa mungkin tidak tenteram dan wanita tersebut katanya masih berlegar-legar di sekitar kawasan Gurun yang kebetulan pernah mencatatkan banyak nahas ngeri suatu ketika dahulu. Wallahualam.

Catat Ulasan

0 Ulasan