Jadi Perampas,Zarina Anjoulie Bahasakan Izreen Azminda

Jadi Perampas,Zarina Anjoulie Bahasakan Izreen Azminda

Loading...
Jadi Perampas,Zarina Anjoulie Bahasakan  Izreen Azminda

Sejak umum mengetahui mengenai suami Izreen Azminda, Ude Wahid, bakal menceraikan isteri pertamanya atas alasan ‘sudah tiada hati’, netizen telah bertindak mengecam habis-habisan pasangan itu terutamanya Izreen Azminda yang dianggap perampas.

Lebih menarik, Netizen telah menjalankan satu kempen untuk memboikot produk-produk yang menggunakan Izreen sebagai duta atau pelakon.

Kisah Izreen ini menarik perhatian banyak pihak termasuk rakan selebriti. Terbaru, seorang jurusolek telah membidas netizen kerana memboikot produk Izreen sedangkan pelakon itu punya anak lelaki yang perlu disara.

Jurusolek @alhaalfa menulis:
Mungkin silap Izreen, beliau seorang artis, jadi nasib beliau dijaja, satu Malaysia memaki hamun beliau.
Cuma Alha pun tidak menyokong apa yang terjadi. Tapi cukuplah Allah yang menilai, Kita tak berada di tempat beliau.
Memang orang akan cakap, padan muka kau. Kau layak. Kau jahat.
Tak takut ke, satu masa kita kat tempat beliau.
Alha lebih melihat ke arah anak yang tidak berdosa yang Izreen besarkan tu.
Mak dia tak ada kerja, nak besarkan anak, orang suruh boikot. Anak makin besar, tengok mak dicaci, dimaki.
Tulisan Alha bagaimanapun dibidas kembali oleh Netizen:
Tulisan Alha turut mendapat reaksi pelakon Zarina Anjoulie:
"Berani buat berani tanggung" - Zarina Anjoulie komen Izreen Azminda diboikot netizen
“Berani buat berani tanggung” – Zarina Anjoulie komen Izreen Azminda diboikot netizen

Alha bagaimanapun telah memadam tulisan yang dibuatnya.

Kedua-dua Izreen dan Ude maih belum mengaktifkan akaun Instagram yang telah dipadam beberapa hari lepas, dipercaya kerana menerima terlalu banyak kecaman Netizen berhubung keputusan Ude untuk menceraikan Intan. Intan kini mempunyai 159,000 pengikut dan telah menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah sesudah mengatakan dia perlu mencari kerja kerana bakal diceraikan Ude.

Sebelum ini, Intan ialah seorang surirumah yang menjaga dua orang anak lelakinya dengan Ude.

Catat Ulasan

0 Ulasan