INILAH KISAH ANTARA DYANA SOFYA DAN ZAIRIL KHIR JOHARI SELEPAS KONTROVERSI

INILAH KISAH ANTARA DYANA SOFYA DAN ZAIRIL KHIR JOHARI SELEPAS KONTROVERSI

Loading...
 INILAH KISAH ANTARA DYANA SOFYA DAN ZAIRIL KHIR JOHARI SELEPAS KONTROVERSI

PULAU PINANG  – Pasangan kontroversi yang juga ahli DAP, Zairil Khir Johari dan Dyana Sofya Mohd. Daud dilaporkan akan bertunang di Ipoh, Perak esok.
Difahamkan, pertunangan Zairil yang juga Naib Pengerusi DAP serta Dyana Sofya yang merupakan bekas calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 2014 itu akan berlangsung di sebuah hotel dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.
Menurut sumber, pasangan itu bercadang melangsungkan pernikahan pada Jun depan iaitu selepas bulan puasa.
Desas-desus pertunangan Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dengan Dyana Sofya itu mula tersebar meluas menerusi media sosial hari ini namun kedua-dua mereka sehingga kini masih berdiam diri.
Kedua-dua mereka sebelum ini terpalit dengan kontroversi selepas foto dan video intim yang didakwa mirip mereka tersebar pada Oktober 2014 dan April tahun lalu.
Namun, kedua-dua mereka mengelak menjawab mengenai penyebaran gambar serta video itu malah Dyana Sofya dalam kenyataan di laman Facebook hanya menyifatkannya sebagai pencerobohan privasi utama dalam kehidupan seseorang.
Malah, Zairil ketika itu juga menafikan beliau merupakan individu yang menari mesra di dalam video yang  tersebar tersebut dan menyifatkannya sebagai mengarut.
Zairil sebelum ini berkahwin dengan Noor Dahlia Hamzah dan dikurniakan seorang cahaya mata namun menurut maklumat yang turut tular di media sosial, mereka dikatakan bercerai pada Oktober tahun lalu.

PELBAGAI sifir telah bermain dalam media sosial mengenai isu melibatkan dua pemimpin muda DAP iaitu Dyana Sofya Mohd Daud dan Zairil Khir Johari.
Bermula dengan beberapa keping gambar intim mereka berdua yang tular semasa proses kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan beberapa tahun lalu, polemik hubungan sulit kedua-dua mereka tidak terhenti di situ sahaja.


Beberapa bulan yang lalu tersebar pula video berdurasi pendek yang memperlihatkan seorang lelaki menyerupai Zairil sedang berpelukan mesra sambil menari dengan seorang gadis yang turut menyerupai Dyana Sofya.
Namun seperti kelaziman, Zairil tampil menafikannya. Manakala Dyana Sofya juga turut mengubah isu dan bermain persepsi sendiri.


Kini tular pula beberapa keping gambar mereka berdua lagi. Kali ini amat jelas kelihatan mimik muka Dyana Sofya sedang bercumbuan dan bermesra dengan Zairil di sebuah restoran murah sambil meminum sejenis minuman yang tidak diketahui status halalnya.
Ya memang benar Dyana Sofya dan Zairil sudah bersuara mengenai isu-isu berkenaan. Namun ia hanya sekadar berlegar di sekitar media sosial dan penafian yang mereka berdua lakukan tidak begitu kukuh dari segi fakta dan undang-undang.


Oleh yang demikian, amatlah wajar bagi Zairil dan Dyana Sofya untuk bertindak membuat laporan polis mengenai perkara ini sekiranya gambar-gambar yang ditular oleh sesetengah pihak itu merupakan suatu yang tidak benar.
Ini bukanlah bagi mencari kesalahan mana-mana pihak, sebaliknya ia bertujuan untuk menjernihkan nama mereka sekiranya ia suatu tindakan fitnah atau sekadar gambar rekaan.
Marilah kita sama-sama tunggu adakah Dyana Sofya dan Zairil sudi untuk membuat laporan polis ke atas gambar-gambar yang tular itu jika benar mereka tidak melakukannya


Panggilan turut dibuat kepada ibu Dyana, Yammy Samad namun panggilan dimatikan sebaik sahaja diangkat. - Foto Sinar Harian


IPOH: Khabar angin mengenai majlis pertunangan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan bekas calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud yang tular hari ini seakan benar-benar berlaku.

Sinar Harian cuba menghubungi Dyana sekitar jam 1.50 petang tetapi nombor yang dihubungi dijawab oleh seorang lelaki.

Lelaki itu memaklumkan Dyana tidak boleh bercakap dengan sesiapa ketika ini sebelum mematikan panggilan tersebut.

Panggilan turut dibuat kepada ibu Dyana, Yammy Samad namun panggilan dimatikan sebaik sahaja diangkat.

Berita pertunangan ini tular di laman Facebook apabila seorang individu mengucapkan tahniah kepada pasangan itu yang didakwa akan bertunang hari ini.

Individu itu juga menyatakan kegembiraannya malah menurut kenyataannya, melalui pertunangan itu, tiada yang perlu disembunyikan atau dinafikan berhubung isu gambar serta video yang menjadi isu hangat beberapa tahun lalu.

Catat Ulasan

0 Ulasan