Gempar bayi lahir hanya ada kepala di Tawau

Gempar bayi lahir hanya ada kepala di Tawau

Loading...
Gempar bayi lahir hanya ada kepala di Tawau

KEADAAN seorang daripada bayi kembar yang dilahirkan hanya memiliki rambut, mata dan telinga tanpa anggota badan di Kampung Baru, Batu 4 Jalan Apas Tawau. - Foto Nasrawati Syarifuddin

TAWAU: Sepasang suami isteri dari Kampung Baru, Batu 4 ,Jalan Apas, di sini, terkejut selepas menerima kelahiran bayi kembar dengan keadaan fizikal seorang daripadanya tanpa kaki, tangan dan badan.

Nurhaya Karim, 33, melahirkan bayi berkenaan selang dua minit selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang sempurna sifatnya di rumahnya, awal pagi tadi.

Kelahiran bayi berkenaan tersebar luas selepas gambar bayi itu yang hanya mempunyai kepala, mata, mulut dan rambut dimuat naik dalam laman sosial sejak jam 11 pagi tadi.

Bagaimanapun, bayi berkenaan dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

Bapa bayi berkenaan, Nelson Ahajul, 33, berkata mereka terkejut apabila bidan yang menyambut kelahiran bayi pertama memaklumkan ada 'sesuatu' lagi menyusul.

"Anak pertama lahir pada kira-kira jam 2 pagi dan dua minit kemudian anak kedua lahir dalam keadaan tidak sempurna kerana hanya memiliki kepala, mulut, mata dan rambut.

"Kami tidak sedar (berkenaan bayi kedua). Selepas bidan membasuhnya, baru kami tahu ia adalah bayi," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Baru, Batu 4 Jalan Apas Tawau, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bayi kembar itu adalah anak kesembilan dan ke-10.

"Saya reda dengan keadaan anak kami dan menganggapnya sebagai kuasa Allah," katanya sambil menambah jenazah anaknya akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran kampung itu.

Bercerita lanjut, Nelson berkata, isterinya tidak berhadapan sebarang masalah sepanjang kehamilan.

"Memandangkan kesusahan hidup, isteri saya tidak pernah mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan ibu dan anak sepanjang melahirkan semua anak kami," katanya. - BHarian






Catat Ulasan

0 Ulasan