Bapak Besar,Buah D@d@ Elly Mazlein Bengkak Susu

Bapak Besar,Buah D@d@ Elly Mazlein Bengkak Susu

Loading...
Bapak Besar,Buah D@d@ Elly Mazlein Bengkak Susu

PELAKON dan penyanyi Elly Mazlein menyangkal dakwaan yang mengatakan dia melakukan pembedahan bagi membesarkan payudaranya.

Elly atau Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 38, sebaliknya berkata, buah dadanya kelihatan besar disebabkan ia masih bengkak kerana menyusu badan untuk anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

"Mana ada buat apa-apa, apatah lagi pembedahan? Payudara saya asli.

"Sebenarnya ia nampak besar kerana saya diberikan rezeki untuk mempunyai susu badan dan Alhamdulillah sampai sekarang anak saya masih menyusu badan," katanya.



Elly memberitahu dia masih menyusukan anak.

Elly ditemui pada sidang media program Mentor Otai yang diadakan pada Selasa.
Bekas peserta program Gegar Vaganza itu bakal bertindak sebagai hos pertandingan itu bersama-sama penyampai radio, Haziq Hussni.

Dalam pada itu, Elly berkata, dia tidak kisah dengan pandangan masyarakat tentang saiz buah dadanya kerana ia di luar kawalannya untuk menghentikan fitnah terhadap dirinya.
Sebaliknya kata Elly, dia bersyukur kerana masih dapat menyusukan anaknya walaupun usia kanak-kanak itu sudah mencecah dua tahun.




Elly bergandingan dengan Haziq sebagai hos Mentor Otai.

Mengenai Mentor Otai akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, 9 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula 18 Mac ini.

Program itu turut menampilkan empat mentor iaitu penyanyi Misha Omar, Siti Sarah, Zarul Husin dan Tam Spider.

Manakala komposer Edry Abdul Halim dan penyanyi Mark Adam pula bertindak sebagai juri tetap.

Catat Ulasan

0 Ulasan