Ada Juga Yang Sudi Bantu Amin Bayar Ikat Jamin,Tapi Dimana Ziana Zain Dan Anak-anak?

Ada Juga Yang Sudi Bantu Amin Bayar Ikat Jamin,Tapi Dimana Ziana Zain Dan Anak-anak?

Loading...
Ada Juga Yang Sudi Bantu Amin Bayar Ikat Jamin,Tapi Dimana Ziana Zain Dan Anak-anak?

SHAH ALAM: Suami kepada penyanyi Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri akhirnya bebas daripada tahanan yang dilaluinya sejak 2 Mac lalu apabila ikat jaminnya sebanyak RM5,000 dibayar pada petang Khamis.

Adik kepada bekas ketua pramugara sebuah syarikat penerbangan itu hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi menyelesaikan ikat jamin berkenaan.

Sebelum ini, Armin terpaksa bermalam selama dua hari di Penjara Sungai Buloh selepas tiada ahli keluarga atau rakan yang tampil membayar ikat jamin pada sebutan kali pertama kes pada Selasa lalu atas dakwaan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya.

Dalam pada itu, pada sebutan semula kes tersebut pada Khamis, Armin mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan pindaan kes itu dibacakan kepadanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi meminda pertuduhan iaitu Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.




Ziana Zain enggan komenmengenai hal rumah tangganya.

Di bawah Seksyen 326A, Armin, 53, boleh dikenakan dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 324, jika sabit kesalahan, berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, di antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Sebutan semula kes itu didengar dihadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Dia diwakili peguam, Muhammad Zufar Elias yang bertindak sebagai peguam bidan terjun yang rela hati mahu membantunya pada sebutan semula kes itu.

Mahkamah menetapkan 6 April depan untuk pengurusan dokumen kes.

DI SEBALIK senyuman manis diberikan Armin Zaharin kepada wakil media di mahkamah Majistret Shah Alam, sebenarnya tiada sesiapa pun hadir bagi menemani suami kepada Ziana Zain itu.

Armin dalam keadaan tangan bergari yang dibawa dari Penjara Sungai Buloh, Selangor kelihatan resah dan tercari-cari mungkin ada individu yang dikenalinya untuk tampil membayar wang jaminan agar dia dapat dibebaskan sementara menanti pendakwaan terhadapnya dilakukan.

Hadir memakai baju kelabu dan berseluar jeans, pakaian yang sama dipakai semasa dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama pada Selasa lalu. Dia tiba di mahkamah sekitar pukul 9 pagi dengan tangannya digari bersama beberapa Orang Kena Tuduh (OKT) lain.
Bagaimanapun dia kelihatan lebih terurus apabila kepalanya dicukur berbanding pada hari pertama dihadapkan ke mahkamah.

Armin yang duduk dalam kandang tertuduh dilihat sentiasa menoleh ke galeri awam dipercayai menantikan penjaminnya.



Armin kelihatan tenang dan tersenyum kepada wakil media yang menantinya di luar galeri mahkamah.

Bagaimanapun sehingga kes selesai disebut di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin, tiada wakil keluarga atau rakan yang dilihat berada di dalam dewan mahkamah.
Dia sedikit bernasib baik kerana terdapat seorang peguam iaitu Muhammad Zufar Elias yang rela hati untuk membantunya bagi mengendalikan sebutan semula kes berkenaan.

Pindaan kes itu dilakukan bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Armin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pindaan itu dibacakan dan Raja Noor Adilla mengekalkan wang jaminan sebanyak RM5,000 terhadapnya.



Isteri Armin, Ziana Zain tidak kelihatan di mahkamah.

Pada sebutan kes itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.
Sementara itu, Muhammad Zufar ketika ditemui berkata, dia dilantik mewakili bekas ketua pramugara sebuah syarikat penerbangan itu selepas Armin meminta bantuannya ketika mereka bertemu dalam dewam mahkamah pagi Khamis.

Dia hanya membantu Armin atas dasar ihsannya untuk hari ini sahaja.
Kata Muhammad Zufar, dia hanya membantu Armin bagi memohon mengurangkan wang jaminan yang pada mulanya dikenakan terhadapnya sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun mahkamah mengekalkan jaminan seperti diputuskan sebelum ini iaitu sebanyak RM5,000.



Muhammad Zufar (kanan) membantu Armin pada sebutan kesnya.

"Saya ke mahkamah hari ini untuk sebutan kes lain tetapi ketika bertemu dengannya dalam dewan mahkamah, dia memanggil saya meminta bantuan untuk memohon mengurangkan wang jaminan.
"Apa yang saya diberitahu ada rakannya akan datang menjaminnya tetapi saya sendiri tidak tahu siapakah orangnya dan individu tersebut tidak kelihatan di mahkamah.

"Bagiamanapun semakan yang dibuat di kaunter mahkamah dimaklumkan ada seseorang yang hadir mengambil borang bagi tujuan menjaminnya," kata peguam itu.

Sehingga berita ini ditulis pada pukul 1 petang, tiada sesiapa menjaminnya.

Mahkamah sebelum ini mengenakan wang jaminan sebanyak RM5,000 selepas dia mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.



Armin dan Ziana mempunyai empat cahaya mata.

Bagaimanapun tiada ahli keluarga atau rakan tampil membayar jaminan itu dan tertuduh di tahan di Penjara Sungai Buloh.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, di antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Mahkamah menetapkan 6 April depan untuk pengurusan kes.

Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.
Ziana atau Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa  bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Catat Ulasan

0 Ulasan