Video gadis bertudung tilik nasib di tokong,mufti marah

Video gadis bertudung tilik nasib di tokong,mufti marah

Loading...
Video gadis bertudung tilik nasib di tokong,mufti marah

                            ritual-jodoh-2.jpg

PERAYAAN Tahun Baru Cina merupakan satu perayaan yang dinanti-nantikan oleh pengganut agama Buddha dan setiap upacara kepercayaan mereka, terang-terangan tidak boleh diikuti oleh orang beragama Islam.

Namun, satu video telah tular beberapa hari lalu menunjukkan seorang gadis bertudung sedang mencuba ritual sembahyang ataupun tilik nasib di sebuah tokong.

                                 

Jika bertudung, pastinya beragama Islam dan yang lebih mengejutkan lagi ialah dia tidak hanya keseorangan kerana terdapat beberapa lagi gadis bertudung menyaksikan ‘upacara’ tersebut.

                             

Disebabkan ianya telah tular di seluruh media sosial, pihak bertanggungjawab di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu kenyataan bagi menghentikan isu tersebut.

Alat yang digunakan oleh gadis berkenaan ialah alat menilik nasib dan ianya disebut sebagai kau cim.

                                   


                                               

Ianya sering ditemui dekat kebanyakan tokong jika ada individu yang mahu menilik nasib dan dia perlu mengoncangkan batang-batang buluh kecil didalam bekas itu sehingga ianya tercampak keluar.

Di setiap batang buluh ketil itu sudah tertulis maklumat tentang ramalam dan kemudiannya akan diperjelaskan oleh pakar di situ ataupun sami.

Selain Kau Cim, satu lagi alatan yang digunakna oleh gadis itu ialah Pwak Pwee (disebut puak pui) yang mana turut dikenali sebagai Jiaobei.

                          

Ianya merupakan ritual yang melibatkan dua bentuk kayu yang mana menyerupai bulan sabit dan dilontarkan ke tanah ataupun lantai bagi meminta petunjuk daripada dewa.

Maka, kesemua jawapan bergantung kepada kayu yang terjatuh samaa ada ianya depan (terbuka) atau belakang (tertutup).

Jika satu terbuka dan yang lain tertutup, ia memberi maksud sebagai Shi Pui iaitu positif.

                           

Namun jika kedua-duanya terbuka, bermaksud dewa atau dewi tertawa yang membawa maksud negatif dan jika kedua-duanya tertutup, ia turut membawa maksud dewa dewi marah yang jawapanya ialah Ba Pui iaitu turut negatif.

Sebagai orang Islam yang patuh dengan perintah Allah, pastinya kita sudah tahu perkara yang boleh membuatkan iman terbatal dan mendapat kemurka daripada-Nya.

Hukum menilik nasib ialah haram dan ianya merupakan salah satu dosa besar kerana hanya Allah sahaja yang menegtahui tentang yang ghaib.

Allah turut telah berfirman dalam surah Al An’am, ayat 59 dan surah al-Naml ayat ke 65 yang bermaksud;

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja,” surah al An’am.

“Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” surah al-Naml.

Selain itu, Allah turut telah perintahkan kepada orang-orang yang beriman supaya sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan amalam tenung nasib kerana Allah turut telah berfirman dalam surah al-Ma’idah bermaksud;

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik…”

Hadis sudahpun tertulis bahawa setiap orang muslim adalah dilarang sama sekali untuk meniru gaya, kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali sebagai syiar ataupun simbol yang menyerupai agama lain kerana ianya boleh menimbulkan salah sangka orang lain terhadap individu yang menyerupai agama lain tersebut.

Dalam masa yang sama, perbuatan gadis tersebut turut merupakan satu bentuk tasyabbuh (penyerupaan) dengan ritual agama lain yang diharamkaan oleh agama Islam sendiri.

Jika tujuan gadis itu semata-mata untuk mempelajari sesuatu yang baru, maka ianya tetap satu dosa besar kerana terdapat banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan untuk pembelajaran.

Bagaimanapun, menurut wakil di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mereka menganggap bahawa gadis itu tidak tahu tentang hukum hakam agama Islam sendiri.

                             


                             

Netizen turut tidak terlepas untuk ‘menabur garam’ dengan menghentam gadis berkenaan dan turut mengelurkan kata-kata kesat keatas dirinya.

Perkara itu sudah diketahui sebagai satu perbuatan yang salah tetapi sebagai orang yang menonton serta sebagai individu yang lebih mengetahui hukum, janganlah terus mengkritik kerana seeloknya berikan teguran yang sepatutnya supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Ia boleh dilihat sebagai pengajaran buat yang lain tetapi janganlah sehingga ianya menjadi satu punca pergaduahan antara pengganut agama masing-masing.

Sebagai umat Islam, kita dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada apa-apa fitnah ataupun tohmahan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Catat Ulasan

0 Ulasan